• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volvo Tambah Varian XC90 Mild-Hybrid B, Lebih Jimat Minyak Hingga 15 Peratus

Volvo Tambah Varian XC90 Mild-Hybrid B, Lebih Jimat Minyak Hingga 15 Peratus

February 28, 2019 By Han Othman Leave a Comment

266
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLVO baru saja memperkenalkan XC90 T8 (petrol) dan D5 (diesel) versi dipertingkat dengan enjin baharu. Kini, turut sama menyertai barisan model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu ialah XC90 Mild-Hybrid B.

XC90 Mild-Hybrid B dipacu menggunakan enjin hibrid ringan yang dijana daripada Sistem Pemulihan Tenaga Kinetik (KERS) dikemas kini. Sistem KERS tersebut beroperasi daripada pemetaan baharu dalam brek dengan sistem wayar untuk mendapatkan lebih elektrik daripada proses pembrekan.

BACA >>> Volvo XC90 (2018) Amerika Kini Standard 7-Tempat Duduk, Kekal Harga Lama!

Faktanya menurut Volvo, sistem KERS yang ditambah baik itu memberikan kira-kira 15 peratus penjimatan bahan api berbanding model bukan hibrid ringan. Buat masa ini, Mild-Hybrid B masih menjadi varian opsyen dan Volvo merancang untuk menjadikan ia sebagai standard baharu dalam barisan model jenama itu menjelang pertengahan 2020.

ENJIN HIBRID PLUG-IN DIKEMAS KINI

volvo-xc90-mild-hybrid-b-2019-7
logo-volvo

Sebagai tambahan, enjin XC90 Plug-in Hybrid T8 'Twin Engine' turut dikemas kini dengam menggunakan sepenuhnya kelebihan sistem KERS baharu yang ditambah baik. Hasilnya ialah peningkatan jarak bateri-elektrik hibrid kira-kira 15 peratus.

Sistem hibrid-ringan kali pertama diperkenalkan pada XC90 dan XC60, manakala sistem hibrid plug-in versi ditambah baik hanya akan digunakan semua barisan model XC90. SUV saiz pertengahan itu didatangkan dalam varian B5 (petrol atau diesel) dan B6 (petrol sahaja), manakala XC60 menawarkan varian B4 (diesel), B5 atau B6 (petrol atau diesel).

BACA >>> Volvo Malaysia Tambah Famili XC90, Kini dengan Varian T5

Kemas kini dilakukan bukan hanya melibatkan enjin, rekaan gril juga sedikit berubah yang kini cengkung dan bukan cembung. Pengeluaran XC90 facelift ini akan bermula di Sweden, Mei ini.

SUMBER: AutoGuide

Related

266
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Hibrid Lembut, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), KERS, Roda4, Sistem Pemulihan Tenaga Kinetik (KERS), SUV, Sweden, Volvo, Volvo XC90 Mild-Hybrid B, XC90

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev