• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Bukan 1 atau 2, Tetapi 4 Motosikal Zontes Gegar Malaysia, Harga Bermula RM19,800

Bukan 1 atau 2, Tetapi 4 Motosikal Zontes Gegar Malaysia, Harga Bermula RM19,800

February 27, 2019 By Abang GYL 5 Comments

6.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPERTI dijanjikan dalam artikel terdahulu, empat model terbaharu jenama Zontes kini memasuki pasaran Malaysia. Empat model dimaksudkan itu ialah Zontes ZT310-T, ZT310-R, ZT310-X dan ZT310-X GP.

Kepada yang tidak tahu, Zontes ialah jenama motosikal buatan China yang dihasilkan di Guangdong Tayo Motorcycle Technology Co Ltd.

Keempat-empat model itu terdiri daripada jenis motosikal adventure, sport tourer dan naked @ streetbike yang tampil dengan rekabentuk sporty dan menarik. Begitu juga aspek kualiti, yang kata Omputeh, not bad. Mengenai waranti, semua model Zontes itu diberikan waranti pengeluar selama dua tahun atau 20,000km (mana satu tiba dahulu)

HARGA

Berikut harga model Zontes:

  • Zontes ZT310-T (dual-purpose) - RM22,800
  • Zontes ZT310-R (naked bike) - RM19,800
  • Zontes ZT310-X (sport tourer) - RM20,800
  • Zontes ZT310-X GP - RM21,600

* Harga tidak termasuk insurans dan cukai jalan

ENJIN 312CC

Aspek mekanikal, keempat-empat model berkongsi trenkuasa sama, enjin 4-lejang silinder tunggal 312cc DOHC berkuasa 34.87hp @ 9,500rpm dan tork 30Nm @7,500rpm. Dengan nisbah mampatan 12.5:1, enjin digunakan mampu mencapai pecutan maksimum 160kmj, manakala hantaran kuasa lancar ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan sirat malar (constant-mesh).

Penggunaan bahan api mencatatkan 3.2 liter/100kmj. Ini bermakna, dengan satu isian tangki penuh (15 liter), motosikal ini mampu bergerak sejauh 450km. Lebih kurang jarak perjalanan dari Kuala Lumpur hingga Jitra, Kedah. Bagaimanapun, penggunaan bahan api bergantung kepada cara tunggangan masing-masing.

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi teleskopik (depan) dan absorber nitrogen di belakang. Kuasa henti ditugaskan kepada brek cakera tunggal dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk kedua-dua roda. Bahagian lampu depan, belakang dan signal belok ialah bercirikan LED, serta turut disediakan palam pengecas USB.

ZONTES ZT310-X & ZT310-X GP

zontes-zt310-x-iii
ZONTES ZT 310 X-5
ZONTES ZT 310 X-4
ZONTES ZT 310 X-3
ZONTES ZT 310 X-2
ZONTES ZT 310 X-1

Model sport tourer, Zontes ZT310 X menawarkan posisi tunggangan menegak dengan visor angin tinggi. Ciri penghidup tanpa kunci (keyless) memudahkan penunggang mengunci motor dari jarak 1.5 meter. Panel meter digital penuh memaparkan indikator gear, spidomter, purata penggunaan bahan api dan lain-lain. Bagi versi ZT310-X GP, ia menampilkan rekaan lebih bergaya bersama padanan pelekat grafik.

BACA >>> TVS Apache RR 310 Masuk Malaysia Tahun Ini, Alternatif BMW G310R yang Lebih Murah

ZONTES ZT310-R

Naked bike Zontes ZT310-R turut menampilkan panel meter digital penuh dengan ciri keyless, dan ditawarkan dengan dua mod tunggangan: E (ekonomi bahan api) dan Sport (tunggangan sporty). Walaupun dalam mod E, sistem akan bertukar automatik kepada mod Sport jika kelajuan enjin meningkat pada aras 7,000rpm.

BACA >>> #TunggangUji: Honda CB250R - Retro Moden dengan Resepi Gaya dan Keunggulan

ZONTES ZT310-T

Zontes ZT310-T-11
Zontes ZT310-T-9
Zontes ZT310-T-2
Zontes ZT310-T-3
Zontes ZT310-T-4
Zontes ZT310-T-6

Akhir sekali, Zontes ZT310 T ialah model dual-purpose yang didatangkan dalam dua pilihan ketinggian pelana, 830mm dan 795mm. Begitu juga jarak kelegaan tanah, ada dua pilihan, 186mm dan 167mm. Ini memberi pilihan kepada penunggang bertubuh rendah, terutama pengguna Asia.

Persoalannya, mampukan rakyat Malaysia menerima kehadiran Zontes di Malaysia?

BACA >>> #BikinMotor: TVS Apache RR 310 Tukar Jadi BMW S1000RR

Harga Motosikal Zontes

Related

6.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: enjin Zontes ZT310-R, enjin ZONTES ZT310-T, enjin Zontes ZT310-X, Harga Zontes ZT310-R, Harga ZONTES ZT310-T, harga Zontes ZT310-X, motor zontes, motosikal zontes, Zontes  ZT310 T, zontes Malaysia, Zontes ZT310 R, Zontes ZT310 X, Zontes ZT310-R Malaysia, ZONTES ZT310-T Malaysia, Zontes ZT310-X Malaysia

Comments

  1. Wahidalwie says

    February 27, 2019 at 8:44 PM

    Payah nak laris.. majoriti pengguna motor di Malaysia hanya ada lesen B2, kecuali kerajaan upgred B2. Hingga 500cc.

    Reply
  2. Salam Biker says

    February 28, 2019 at 8:40 AM

    Isu 'reliable' adalah isu utama. Dengan harga yang ditawarkan, banyak motosikal yang lebih reliable seperti honda, kawasaki dan yamaha.

    yup, saya menyokong pendapat wahidalwie. Kalau dah upgrade bfull.. selalunya pengguna dah aim moto yg lebih reliable dan harga mampu milik. Sepatutnya zontes masuk range entry level iaitu 250cc untuk pasaran malaysia.

    Reply
  3. MOHD. SUKRI BIN TOKICHOR says

    May 11, 2019 at 8:39 PM

    Saya setuju jika jentera zontes ini dan cc yang sewaktu dengannya dikategorikan dalam lesen B2 dan bukan B full bagi membolehkan lebih ramai yang akan membelinya dan sekaligus merancakkan lagi aktiviti permotoran di Malaysia.

    Reply
  4. Mohd Syafie Abd Latiff says

    June 12, 2020 at 1:12 AM

    Sepatutnya sudah sampai masa kerajaan menaiktaraf lesen B2 kepada 500cc bukan 250 cc lagi. Lesen B 500 keatas. B3 dimansuhkan terus

    Reply
  5. Hang Tuah says

    July 24, 2020 at 8:49 PM

    kerajaan sekarang macam zaman majapahit...

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev