HARI pertama Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) Vios Challenge yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang penuh dengan pelbagai aksi dramatik dalam usaha mengejar kejuaraan.
Kesemua pelumba dilihat cuba lakukan terbaik bagi mendapatkan podium sehingga berlaku beberapa pelanggaran antara pelumba. Perlumbaan juga terpaksa diberhentikan beberapa kali susulan insiden itu.
Dengan litar sepanjang 1.56km di perkarangan Stadium Batu Kawan, ia melibatkan 11 selekoh dan enam laluan lurus dengan menyaksikan 40 pemuba bersaing dalam tiga kelas berbeza; Kategori Promotional (Selebriti), Sporting (Amatur) dan Super Sporting (Profesional).
BACA >>> Toyota Yaris Sah Masuk Malaysia Tahun Ini, Mampukah Cabar Perodua Myvi?
KATEGORI PROMOTIONAL
Diana Danielle bermula langkah kanan di Stadium Batu Kawan apabila dinobatkan sebagai juara dan menghabiskan 19 pusingan dengan catatan masa 31:23.595.
Bermula dari petak pertama, Diana berjaya mengekalkan rentak dan langsung untuk tidak memberi sebarang ruang kepada Ahmad Nabil yang berada di belakang sehingga ke garisan penamat.
Nabil yang dilihat beberapa kali cuba memintas Diana terpaksa akur di kedudukan kedua apabila ketinggalan 0.69 saat di belakang Diana.
Manakala tempat ketiga pula menjadi milik Akim Ahmad. Walaupun bermula di petak kelima pada awal perlumbaan, Akim terus memberi asakan sehinggalah Aiman Tino terbabas di pusingan ketiga sehingga memaksa ia keluar dari litar.
BACA >>> Lepas Pandu Uji, Inilah Pandangan Abang Mengenai Toyota Vios (2019)
KATEGORI SPORTING
Beberapa aksi dramatik berlaku apabila berlaku insiden yang melibatkan pelanggaran lima pelumba di pusingan ke-7. Pelumba dari Distinctive Model, Clement Yeo menduduki kedudukan pertama dengan catatan masa 30:39.762.
Walaupun bermula di petak ke-8, segalanya berubah di pusingan ke-7. Clement menang bergaya dan berjaya meninggalkan Patrick Tam (Team Nanoplus) yang catatan masa 30:46.283. Tempat ketiga pula menjadi milik Eric Yong Boon Pin (ST Wangan Racing Team).
KATEGORI SUPER SPORTING
Manakala kategori Profesional menyaksikan pelumba dari ST Wangan Racing Team, Boy Wong bergelar juara dengan catatan masa 30.37.718.
Kedudukan kedua pula menjadi milik Brendan Paul Anthony (Dream Chaser) yang ketinggalan 2.935 saat di belakang Boy. Keifli Othman (Team Nanoplus) berada di tempat ketiga dengan catatan masa 30:45.521.
Perlumbaan TGR pusingan ke-2 bakal berlangsung hari ini. Bagi warga Pulau Pinang atau berada berhampiran kawasan Stadium Batu Kawan, jom turun sekarang kerana macam-macam aktiviti ada.
KEDUDUKAN PUSINGAN PERTAMA TGR BATU KAWAN MUSIM 2
Kategori Promotional
- Diana Danielle
- Nabil Ahmad
- Akim Ahmad
- Khai Bahar
- Janna Nick
Kategori Sporting
- Clement Yeo-Distinctive Model
- Patrick Tam-Team Nanoplus
- Eric Yong-St Wangan Racing Team
- Lim Chun Beng-Team Fokus Tetap
- Shawn Lee
Kategori Super Sporting
- Boy Wong -St Wangan Racing Team
- Brendan Paul Anthony -Dream Chaser
- Keifli Othman-Team Nanoplus
- Eddie Liew-Team Nanoplus
- Alif Mohamed Hamdan-Laser Motor Racing
Leave a Reply