• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ayuh Orang Pulau Pinang, Mai Festival Toyota Gazoo Racing Di Stadium Batu Kawan Hujung Minggu Ini

Ayuh Orang Pulau Pinang, Mai Festival Toyota Gazoo Racing Di Stadium Batu Kawan Hujung Minggu Ini

February 23, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

AYUH orang Pulau Pinang. Pastikan anda datang dengan Stadium Batu Kawan hujung minggu ini (23-23 Feb 2019) bagi menyaksikan Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) Vios Challenge pusingan ke-3.

Festival TGR yang berlangsung selama dua hari itu menghidangkan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran barisan model baru Toyota, penampilan khas selebriti-selebriti terkemuka, perhimpunan kelab-kelab kereta Toyota dan banyak lagi. Tidak lupa juga konsert mini dan festival makanan jalanan (food truck).

Dengan litar sepanjang 1.56 km di perkarangan Stadium Batu Kawan, ia melibatkan 11 selekoh dan enam laluan lurus. Ia juga menyaksikan 40 pemandu bersaing dalam tiga kelas berbeza; Kategori Promotional (Selebriti), Sporting (Amatur) dan Super Sporting (Profesional).

Antara barisan selebriti yang terlibat ialah Diana Danielle, Janna Nick, Nabil Ahmad, Khai Bahar, Akim Ahmad, Mohd Shukri Yahaya, Shawn Lee, Wany Hasrita, Nabila Razali dan Aiman Tino.

BACA >>> Toyota Vios Kini di Pusat Jualan Seluruh Malaysia - Harga Bermula RM77,200

KATEGORI PROMOTIONAL

Dengan tiga kedudukan podium dari empat perlumbaan, perhatian kini tertumpu kepada Akim Ahmad kerana ini ialah kali pertama beliau berentap di litar Batu Kawan.

Akim mempamerkan prestasi paling konsisten dalam kategori selebriti — dengan pencapaian satu kemenangan tempat pertama, dua kali di kedudukan kedua sekaligus mendahului pungutan mata keseluruhan.

Diana Danielle dan Janna Nick juga tidak kurang hebat dan memiliki rekod terbaik di Batu Kawan pada tahun lalu. Mereka masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat keempat dan kelima ketika perlumbaan TGR musim pertama.

KATEGORI SPORTING

Bersaing di dalam Kategori Sporting bagi musim ini, beat boxer Shawn Lee pasti ingin mengulangi kejayaan berganda yang diraihnya pada Musim terdahulu.

Musim ke-2 bermula sangat baik bagi Shawn walaupun dipindahkan ke dalam kategori lebih tinggi dan perlu bersaing dengan pelumba-pelumba amatur berbakat.

Shawn berjaya membuktikan dirinya dengan menamatkan perlumbaan di kedudukan pertama pada Perlumbaan 1 sebelum ini, serta berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh di Perlumbaan 2 di Kuala Terengganu, mengejutkan lawannya lain.

Namun, kesilapan awal dilakukan ketika sesi latihan Pusingan 2 di MAEPS Serdang telah mengakibatkan kerosakan teruk pada keretanya sehingga menyebabkan ia terlepas peluang beraksi bagi keseluruhan perlumbaan serta dan gagal mengumpul sebarang mata.

BACA >>> Toyota Yaris Sah Masuk Malaysia Tahun Ini, Mampukah Cabar Perodua Myvi?

Toyota Gazoo Racing MAEPS 2018_PanduLaju_14
Toyota Gazoo Racing MAEPS 2018_PanduLaju_27
Toyota Gazoo Racing MAEPS 2018_PanduLaju_10
Toyota Gazoo Racing MAEPS 2018_PanduLaju_30
Toyota Gazoo Racing MAEPS 2018_PanduLaju_40
Toyota Gazoo Racing MAEPS 2018_PanduLaju_39

KATEGORI SUPER SPORTING

Selepas 4 perlumbaan di Musim 2, tiga nama paling kerap menampilkan persembahan mantap dan mendominasi kategori ini ialah William Ho, Boy Wong dan Kenny Lee.

Sebelum berentap di Batu Kawan, ketiga-tiganya hadir berbekalkan satu kemenangan. Bagainamanpun, Boy merupakan satu-satunya pemandu yang berterusan berjaya menamatkan bagi keempat-empat perlumbaan dan meraih tiga kedudukan podium. Beliau merangkul satu kemenangan, satu kedudukan kedua, satu kedudukan ketiga dan satu kedudukan keempat serta menjadi pendahulu keseluruhan.

Mampukah Boy meneruskan rentak sama di Stadium Batu Kawan? Ayuh semua, ajak rakan-rakan dan ahli keluarga ke Festival TGR sekarang hingga esok.Toyota Gazoo Racing Pulau Pinang

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: festival Toyota Gazoo Racing, Festival Toyota Gazoo Racing Batu kawan, janna nick toyota gazoo racing, pelumba toyota gazoo racing, Stadium Batu Kawan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev