EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) membuka tempahan Nissan Teana serba baharu yang kini boleh didapati di mana-mana bilik pameran seluruh negara. Mereka yang ingin melihat lebih dekat model ini boleh mengunjungi pusat beli-belah terpilih hingga 1 Jun hadapan. Antaranya, KSL Mall, Johor Bahru (19-25 Mei), Alamanda, Putrajaya dan Publika, Kuala Lumpur (21-25 Mei) dan Queensbay Mall, Pulau Pinang (29 Mei-1 Jun).
3 VARIAN
Nissan Teana serba baharu hadir dalam tiga varian: 2.5XV, 2.0XL dan 2.0XE dengan penampilan lebih menyerlah. Dijana unit enjin QR25DE yang baharu dibangunkan, kuasa tork pada julat rendah dan sederhana ditambahbaik dengan kebuk pembakaran serta emisi lebih efisien. Teknologi transmisi C-VTC berkembar (Twin Continuously Variable-valve Timing Control) menawarkan pengalaman pemanduan lancar dan lincah di bandar, serta pecutan lebih berkuasa.
PREMIUM
Pengalaman premium Teana serba baharu dilengkapi Sistem Audio Premium BOSE dengan sembilan pembesar suara yang menawarkan kualiti bunyi menyeluruh yang mengagumkan.
Menyentuh aspek keselamatan, Teana hadir dengan rangkaian ciri kemudahan dan keselamatan inovatif membabitkan enam beg udara SRS, Bantuan Mula Daki (HSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dengan Bantuan Brek (BA), Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS).
Lima pilihan warna ditampilkan, Storm Blue(biru), Tungsten Silver(perak), Diamond Black (hitam), Bronze Gold (emas) dan Brilliant White (putih). Bagaimanapun, harga model pemasangan sepenuhnya (CKD) di kilang Serendah ini masih belum diumumkan. Info lanjut, sila layari www.teana.com.my atau hubungi talian 1800-88-8368.
SPESIFIKASI TEKNIKAL
MODEL | 2.5XV | 2.0XL | 2.0XE | |
Sesaran | Cc | 2,488 | 1,997 | |
Jenis | DOHC, 4 silinder, 16 Injap sebaris, Twin CVTC | DOHC, , 4 silinder, 16 Injap sebaris, Twin CVTC | ||
Kuasa Maksimum | PS(kW) / rpm | 173 (127) / 6,000 | 136 (100) / 5,600 | |
Tork Maksimum | Nm (kg-m) / rpm | 234 (23.8) / 4,000 | 190 (19.4) / 4,000 | |
Transmisi | XTRONIC CVT | |||
Saiz Rim Aloi | 17” | 16” | ||
Saiz Tayar | 215 / 55R17 | 215 / 60R16 | ||
DIMENSI DAN BERAT | ||||
Panjang | (mm) | 4,885 | ||
Lebar | (mm) | 1,830 | ||
Tinggi | (mm) | 1,485 | ||
Tapak Roda | (mm) | 2,775 | ||
Saiz But | (L) (VDA) | 516 | ||
Berat | (kg) | 1,517 | 1,456 | 1,447 |
Nisbah Pusingan Minimum | (m) | 5.7 | 5.5 | |
Tangki Minyak | (L) | 65 | ||
Penjimatan Bagan Api | (km/L) (Data Dalaman Nissan) | 13.3 | 13.5 |
Leave a Reply