• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Tempahan Nissan Teana Serba Baharu Dibuka

BERITA AUTO: Tempahan Nissan Teana Serba Baharu Dibuka

May 20, 2014 By Admin Leave a Comment

FacebookTwitter

01_All-New Nissan Teana_quarter moving shot

EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) membuka tempahan Nissan Teana serba baharu yang kini boleh didapati di mana-mana bilik pameran seluruh negara. Mereka yang ingin melihat lebih dekat model ini boleh mengunjungi pusat beli-belah terpilih hingga 1 Jun hadapan. Antaranya, KSL Mall, Johor Bahru (19-25 Mei), Alamanda, Putrajaya dan Publika, Kuala Lumpur (21-25 Mei) dan Queensbay Mall, Pulau Pinang (29 Mei-1 Jun).

3 VARIAN

Nissan Teana serba baharu hadir dalam tiga varian: 2.5XV, 2.0XL dan 2.0XE dengan penampilan lebih menyerlah. Dijana unit enjin QR25DE yang baharu dibangunkan, kuasa tork pada julat rendah dan sederhana ditambahbaik dengan kebuk pembakaran serta emisi lebih efisien. Teknologi transmisi C-VTC berkembar (Twin Continuously Variable-valve Timing Control) menawarkan pengalaman pemanduan lancar dan lincah di bandar, serta pecutan lebih berkuasa.

PREMIUM

Pengalaman premium Teana serba baharu dilengkapi Sistem Audio Premium BOSE dengan sembilan pembesar suara yang menawarkan kualiti bunyi menyeluruh yang mengagumkan.

Menyentuh aspek keselamatan, Teana hadir dengan rangkaian ciri kemudahan dan keselamatan inovatif membabitkan enam beg udara SRS, Bantuan Mula Daki (HSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dengan Bantuan Brek (BA), Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS).

02_All-New QR25DE Twin CVTC Engine

07_6 SRS Airbags      04_ADAD

Lima pilihan warna ditampilkan, Storm Blue(biru), Tungsten Silver(perak), Diamond Black (hitam), Bronze Gold (emas) dan Brilliant White (putih). Bagaimanapun, harga model pemasangan sepenuhnya (CKD) di kilang Serendah ini masih belum diumumkan. Info lanjut, sila layari www.teana.com.my atau hubungi talian 1800-88-8368.

SPESIFIKASI TEKNIKAL

MODEL2.5XV2.0XL2.0XE
SesaranCc2,4881,997
JenisDOHC, 4 silinder, 16 Injap sebaris, Twin CVTCDOHC, , 4 silinder, 16 Injap sebaris, Twin CVTC
Kuasa MaksimumPS(kW) / rpm173 (127) / 6,000136 (100) / 5,600
Tork MaksimumNm (kg-m) / rpm234 (23.8) / 4,000190 (19.4) / 4,000
TransmisiXTRONIC CVT
Saiz Rim Aloi17”16”
Saiz Tayar215 / 55R17215 / 60R16
DIMENSI DAN BERAT
Panjang(mm)4,885
Lebar(mm)1,830
Tinggi(mm)1,485
Tapak Roda(mm)2,775
Saiz But(L) (VDA)516
Berat(kg)1,5171,4561,447
Nisbah Pusingan Minimum(m)5.75.5
Tangki Minyak(L)65
Penjimatan Bagan Api(km/L) (Data Dalaman Nissan)13.313.5
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2.0XE, 2.0XL, 2.5XV, Edaran Tan Chong Motor, ETCM, Nissan Teana, QR25DE, Teana CKD

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?
    #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?
  • #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
    #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my