• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Helmet Shoei GT AIR II Versi Touring dengan Visor Baharu dan Ciri Komunikasi Moden

Helmet Shoei GT AIR II Versi Touring dengan Visor Baharu dan Ciri Komunikasi Moden

February 25, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SHOEI memperkenalkan helmet muka penuh GT-Air II touring dengan visor gelap dalaman dan bakal berada di pasaran Jepun, April ini. Produk itu akan mendapat kemas kini baharu dengan visor matahari dibesarkan, dan kini ada ruang untuk memuatkan sistem komunikasi selain menampilkan rekabentuk lebih aerodinamik.

Helmet tersebut ditawarkan dalam 5 saiz, bermula S hingga XXL dan ada 6 warna: Luminous White (putih), Black (hitam), Matte Black (hitam kusam), Matte Deep Gray (kelabu kusam), Anthracite Metallic (kelabu cerah), Matte Blue Metallic (biru metalik).

BACA>>>Bell ProTint Perkenal Teknologi Visor Fotokromatik yang Boleh Berubah Ikut Cahaya

GT-Air II mengalami fasa evolusi daripada DNA, fungsi dan keselesaan yang ditawarkan model terdahulu. Kelahiran semula helmet tersebut memberikan nilai sebenar bagi helmet muka penuh jenis touring. Model ini akan dijual pada harga ¥51,000 (RM1,876).

CIRI-CIRI UTAMA GT-AIR II

1. REKABENTUK GARANG

Mewarisi rekaan GT-Air terdahulu, helmet ini didatangkan dengan ventilator di atas yang  berfungsi mengalirkan udara dari depan ke belakang. Garis dagu tajam dan ruang sistem komunikasi memberikan penampilan aerodinamik.

2. QSV-2 VISOR DENGAN RUANG DALAMAN LUAS

Visor gelap boleh buka-tutup dengan pantas menggunakan satu tuil khas. Walaupun visor gelap diturunkan dan masih mengekalkan visor cerah di luar, ia boleh memberikan tindak balas segera mengikut perubahan sekeliling. Contohnya, ketika menunggang memasuki laluan terowong.

BACA >>> Salahkah Pasang Helmet Visor Gelap? Ini Jawapan JPJ...

GT-Air II dilengkapi visor QSV-2 dengan panjang 5mm untuk mengurangkan panahan masuk cahaya matahari  hujung bawah visor gelap dan mata. Visor juga dibesarkan untuk mengelakkan gangguan terhadap hidung, bentuk bahagian hidung kini direka lebih dalam  5mm.

3. FABRIK DALAMAN

Bahagian dalaman menggunakan fabrik 'HYGRA (R)', iaitu material yang bagus untuk pengeringan pantas higroskopi, terutama bahagian pipi dan dahi supaya tidak melekit. Pada bahagian berhampiran mulut, material fabrik lembut digunakan untuk memudahkan kerja-kerja memakai dan menanggalkan helmet, manakala kemasan kulit digunakan untuk bahagian hujung pipi yang dijahit benang merah.

*HYGRA (R) nama produk bagi syarikat Unitika Ltd.

4. SISTEM PERISAI DEPAN

Sama seperti GT-Air, bahagian cermin perisai depan menggunakan suntikan CNS-1 bagi mengurangkan gangguan. Asas perisai itu menetapkan posisi bukaan. Peringkat pertama perisai dibuka dalam keadaan tertutup sepenuhnya dengan bukaan kecil, manakala bahagian gear dari pangkalan perisai direka supaya perisai itu tetap berada pada kedudukan tersebut.

Pada situasi angin tidak memukul muka secara kuat, kedudukan bukaan itu cukup untuk membolehkan aliran pengudaraan. Apabila visor depan mula berkabus cukup hanya membuka sedikit bahagian visor dan anda boleh mendapatkan penglihatan yang jelas.

BACA>>>Helmet: Open Face vs Full Face, Mana Lebih Selamat?

Getah tingkap juga memastikan lekatan yang mencukupi dengan perisai dan dilengkapi pengedap udara tahan lama.

※ Jangan gunakan kedudukan bukaan kecil apabila menunggang pada kelajuan tinggi kerana boleh menyebabkan perisai terbuka dan berbahaya.

5. SISTEM PENGUDARAAN

Ruang pengudaraan GT-Air II bahagian atas direka untuk menangkap lebih banyak angin dengan hujung pengatup menghadap ke atas, selain mudah untuk dikawal menggunakan sarung tangan. Outlet udara atas yang disusun di sebelah kiri dan kanan belakang kepala sentiasa terbuka tanpa penutup dan jumlah lubang outlet meningkat dari 2 hingga 4 untuk meningkatkan anjakan. Pengambilan udara yang lebih rendah juga membesarkan bukaan, menguatkan prestasi pengudaraan di seluruh helmet.

6. RUANG SISTEM GABUNGAN KOMUNIKASI

GT-Air II dilengkapi sistem komunikasi rekaan khas SENA SRL2. Disebabkan direka secara eksklusif, ia boleh dipasang tanpa mengganggu pemasangan. Sistem komunikasi rekabentuk khas 'SRL 2' ialah produk SENA. Ia tidak didatangkan secara berasingan dan perkhidmatan pemasangan dan sokongan disediakan SENA.

BACA >>> Feher ACH-1: Helmet Pertama Dunia dengan Sistem Penyaman Udara Kini di Pasaran

7. EQRS (SISTEM CABUT PANTAS KECEMASAN)

GT-Air II dilengkapi reben khas untuk pad pipi. Apabila reben ditarik, helmet akan mudah ditanggalkan dan dapat  meminimumkan beban ke atas leher penunggang.

GALERI

SUMBER: BikeBros

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, helmet, helmet full face, helmet shoei, shoei, Shoei GT-Air II, topi keledar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my