• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jangan Terkejut, Malaysia Sudah Ada Prototaip Kereta Terbang!

Jangan Terkejut, Malaysia Sudah Ada Prototaip Kereta Terbang!

February 20, 2019 By Azhan O Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INILAH berita yang pasti menggemparkan seluruh rakyat Malaysia. Malaysia khabarnya sudah memiliki prototaip kereta terbang dan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) kini sedang menggalakkan usahawan tempatan untuk menceburi industri dron yang katanya memiliki potensi masa depan cukup besar.

Menteri MED, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dipetik HarianMetro berkata, MED sudah mengusulkan kepada Kerajaan supaya cuba membangunkan pesawat tanpa pemandu (UAV) atau kereta terbang sebagai salah satu inisiatif menggalakkan industri dron negara.

BACA >>> Tidak Cukup Supercar, Polis Dubai Bakal Guna Motosikal Terbang Pula!

Kata Mohd Redzuan lagi, susulan perbincangan dengan Jepun, Negara Matahari Terbit itu bakal melancarkan kereta terbang menjelang 2025 dan tidak salah Malaysia turut mencuba inisatif sama kerana ia mampu merangsang sektor kejuruteraan negara.

Menurutnya, prototaip kereta terbang sudah ada dan kos pembuatan dianggarkan sekitar AS$300,000 (RM1.23 juta). Kereta terbang yang dibangunkan itu mampu memuatkan dua orang dan diterbangkan sendiri. Malah, beliau sendiri akan cuba naik yang mana demonstrasi dijangka dibuat tahun ini.

KOMEN KAMI

Jadi, adakah projek kereta nasional ketiga nanti ialah kereta terbang? Bagaimanakah rupa prototaip kereta terbang itu nanti? Adakah serupa kereta DeLorean dalam filem Back to the Future? Kenapa pautan Harian Metro tiba-tiba ghaib? Hmmm... 🧐🤔

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Automotif, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Harian Metro, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), Kereta Terbang, Kereta Terbang Malaysia, Prototaip Kereta Terbang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev