• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Zontes Bakal Lancar 4 Model Serentak, 27 Februari Ini! Tungguuu...

Zontes Bakal Lancar 4 Model Serentak, 27 Februari Ini! Tungguuu...

February 20, 2019 By Admin PanduLaju 1 Comment

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA Januari lalu, kami ada mendedahkan foto intip motosikal Zontes yang dihantar untuk ujian Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA) di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Bagaimanapun cuma dua model Zontes T310 dan R310 dikesan.

Nampaknya, kita tidak perlu menunggu lama kerana motosikal buatan China itu akan memasuki pasaran tempatan penghujung bulan ini, 27 Februari. Lebih menarik, bukan dua, tetapi empat model:  ZT310 T, ZT310 R, ZT310 X dan ZT310 X GP.

BACA >>> #Spyshot: Zontes Turut Dikesan Jalani Ujian VTA, Juga Bakal Masuk Malaysia?

Tiga model motosikal itu berkongsi trenkuasa sama, 4-lejang silinder tunggal 312cc DOHC berkuasa 34.87hp @ 9,500rpm dan tork 30Nm @ 7,500rpm. Dengan nisbah mampatan 12.5:1, enjin digunakan mampu mencapai pecutan maksimum 160kmj. Hantaran kuasa lancar ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan sirat malar (constant-mesh).

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi teleskopik (depan) dan absorber nitrogen di belakang. Kuasa henti ditugaskan kepada brek cakera tunggal dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk kedua-dua roda. Bahagian lampu depan, belakang dan signal belok didatangkan dengan ciri LED, serta turut disediakan palam pengecas USB.

BACA >>> Zontes S310 Sedia Cabar BMW G310R, Bakal Tembus Pasaran Eropah

TIGA MODEL BAHARU + SATU VARIAN SPORTY

ZONTES ZT310 R
ZONTES ZT310 T

Model touring bike, ZT310 X menawarkan posisi tunggangan menegak dengan visor angin tinggi.  Ciri penghidup tanpa kunci (keyless) memudahkan penunggang mengunci motor dari jarak 1.5 meter. Panel meter digital penuh memaparkan indikator gear, spidomter, purata penggunaan bahan api dan lain-lain.

Sementara itu, naked bike ZT310 R turut didatangkan dengan panel meter digital penuh dengan ciri keyless, dan ditawarkan dengan dua mod tunggangan: E (ekonomi bahan api) dan Sport (tunggangan sporty). Walaupun dalam mod E, sistem akan bertukar automatik kepada mod Sport jika kelajuan enjin meningkat pada aras 7,000rpm.

BACA >>> TVS Apache RR 310 Masuk Malaysia Tahun Ini, Alternatif BMW G310R yang Lebih Murah

Akhir sekali, ZT310 T ialah model dual-purpose yang didatangkan dalam dua pilihan ketinggian pelana, 830mm dan 795mm. Begitu juga jarak kelegaan tanah, ada dua pilihan, 186mm dan 167mm. Ini memberi pilihan kepada penunggang bertubuh rendah, terutama pengguna Asia.

GALERI

ZONTES ZT310 T

ZONTES ZT310 R

ZONTES ZT310 X

Related

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Dual-Purpose, motosikal touring, Naked, roda2, Zontes, Zontes  ZT310 T, Zontes ZT310 R, Zontes ZT310 X, Zontes ZT310 X GP

Comments

  1. Shahid Che Lat says

    December 21, 2020 at 10:40 AM

    Can apply booking North bike alor setar kedah Malaysia, mergong Branch

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev