• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harga Honda Dream (EX-5) Versi Thailand Boleh Cecah RM75k di Vietnam

Harga Honda Dream (EX-5) Versi Thailand Boleh Cecah RM75k di Vietnam

February 17, 2019 By Aryon Leave a Comment

27.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA menarik dari negara jiran Vietnam. Seorang lelaki menjual Honda Dream (Malaysia: EX-5) versi Thailand pada nilai 12 keping emas (cây vàng) yang menyamai nilai 450 juta dong (RM79,000)

Honda Dream memang cukup ikonik di Vietnam, terutama produk yang diimport sepenuhnya dari Thailand sebelum model itu dipasang di negara tersebut. Malah, produk peringkat awal yang dibawa masuk ialah model terpakai, sudah rosak atau berusia, tetapi kekal disimpan pemilik baharu di Vietnam dan jarang pula ditunggang.

BACA >>> Yamaha RZ350 (1984) Edisi Kenny Roberts, Streetbike 2-Lejang Terakhir AS Akan Dilelong

Jadi, mana-mana produk Honda Dream yang hendak dijual, pasti akan berharga tinggi bermula 200 juta-400 juta dong (RM35,000-RM70,000), dan ini bukan perkara pelik di Vietnam.

Terbaharu, seorang lelaki menjual Honda Dream versi Thailand miliknya, keluaran 1995, dengan jumlah perbatuan cuma 700km pada harga 12 keping emas, bersamaan 450 juta dong  (RM79,000). Wow!

HOBI KAMI MAHAL

Iklan retro Honda Dream 100, tak sangka boleh sama harga sebuah Honda Jazz

Seperti diceritakan di atas, kebanyakan pemilik Honda Dream di Vietnam ialah lebih kepada pengumpul item yang akan menyimpan motor itu sebagai koleksi dan bukan untuk ditunggang. Jadi, tidak hairan kenapa banyak produk dijual masih mengekalkan meter odometer yang rendah.

Tayar juga masih original keluaran 1995, iaitu tahun sama motosikal itu dihantar dari Thailand ke Vietnam. Perincian lain ialah paip ekzos krom, panel meter dan cat yang nampak seperti baru keluar dari kedai jika mahu dibanding usianya yang sudah menjangkau 24 tahun.

Di Malaysia, model tahun sama, yang dipanggil EX-5, tidaklah melampau mahal seperti Honda Dream di Vietnam, tetapi masih dikira berharga keras juga di pasaran motor terpakai. Lebih-lebih lagi jika dalam kondisi cemerlang yang boleh mencecah harga hingga RM4,000!

BACA >>> Harga Lelong Motosikal Lumba Klasik Ini Cecah RM3.59 Juta! (Hobi Kami Mahal)

Menurut beberapa maklumat, warga Vietnam yang juga pemilik Honda Dream (1995) itu ialah peminat motosikal terkenal di Hanoi. Dia memang kerap menjual banyak motosikal cantik kepada pengumpul item kereta dan motosikal di sana. Malah, sebelum ini, dia dikatakan menjual Honda Dream II (1992) pada harga 8 keping emas, bersamaan 300 juta dong (RM53,000).

Hmm... pandai betul dia buat duit. Sama macam geng RX-Z orimoto kat Malaysia!

SUMBER: Zing.vn

Related

27.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Honda, Honda Dream, Honda EX-5, Honda EX-5 Dream, Honda Vietnam, Koleksi Pengumpul, roda2, Vietnam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev