• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Repsol Honda Siar Foto Rasmi Marquez, Lorenzo Bersama RC213V

Repsol Honda Siar Foto Rasmi Marquez, Lorenzo Bersama RC213V

February 15, 2019 By Aryon Leave a Comment

253
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBULAN menjelang musim baharu MotoGP 2019 di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, pasukan Repsol Honda menyiarkan foto rasmi pelumba utama kelas premier kejuaraan tersebut, adinda Marc Marquez dan Jorge Lorenzo.

Kedua-dua pelumba itu memakai sut lumba lengkap dan bergambar di samping prototaip RC213V. Lorenzo menyertai Honda selepas dua musim bersama Ducati, manakala Marquez ialah juara bertahan MotoGP 2018. Kebetulan, kedua-duanya pun baru selesai menjalani pembedahan pada rehat musim sejuk lalu.

BACA >>> Menjelang Aksi Pembukaan MotoGP 2019, Marquez Bergelut dengan Kecergasan?

Lorenzo mengalami kecederaan patah pergelangan tangan, dan Marquez patah tulang bahu. Malah pada ujian pramusim di Sepang minggu lalu, Lorenzo ialah satu-satunya pelumba yang tidak dapat turun mengasah trek, tetapi dijangka hadir dalam ujian pramusim kedua di Qatar bulan ini.

Ketika di Sepang, Marquez mencatatkan masa terpantas pada hari pertama dengan hanya menghabiskan separuh pusingan, termasuk dua hari perlumbaan berikutnya, berbanding purata lap pelumba lain, sekali gus menimbulkan persoalan tentang tahap kecergasan pelumba Sepanyol itu.

Berikut enam foto rasmi Marquez (93) dan Lorenzo (99) bersama RC213V:

Related

253
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Foto Rasmi Repsol Honda 2019, Grand Prix, Jorge Lorenzo, Marc Marquez, MotoGP, MotoGP 2019, Repsol Honda, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev