• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Lancar CB300R ABS di India dengan Harga Mampu Milik, RM13k Sahaja

Honda Lancar CB300R ABS di India dengan Harga Mampu Milik, RM13k Sahaja

February 11, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA mempunyai satu segmen khas motosikal, dipanggil sports café, yang berkonsepkan café racer moden dan dikenali sebagai Neo Sports Café dengan kod siri CB. Daripada CB1000R, CB650R, CB300R, CB250R hingga CB125R, semua model dikeluarkan itu cukup untuk memenuhi keragaman pasaran.

Namun, tidak semua negara menerimanya kerana Honda cuma memilih model tertentu berdasarkan permintaan pasaran. Sebagai contoh, pengguna di Britain ditawarkan CB1000R, CB650R, CB300R dan CB125R. Di negara kita pula pengguna ditawarkan CB1000R dan CB250R.

BACA >>> Honda Neo Sports Cafe Racer - Generasi Naked Sports Masa Hadapan

Harga pun berbeza dan biasanya dibuat berdasarkan saiz pasaran, sasaran jualan dan kadar cukai. Tidak dilupakan faktor kategori lesen dan model pesaing.

Terbaharu, Honda Motorcycle & Scooter India Pvt Ltd melancarkan CB300R, iaitu Neo Sports Café  kedua selepas CB1000R. Dari segi rekabentuk, jelas semua siri Neo Sports Café diilhamkan berasaskan CB1000R yang kali pertama ditayangkan kepada umum sempena Pameran Motor Tokyo 2017.

CB300R difokuskan kepada peminat motosikal pertengahan (middle weight) di India dan ia mendapat sambutan hangat. Dalam masa 25 hari tempahan dibuka, pelanggan menempah CB300R pada kadar pengeluaran tiga bulan, melebihi kapasiti yang dirancang untuk model ini.

BACA >>> #TunggangUji: Honda CB250R - Retro Moden dengan Resepi Gaya dan Keunggulan

Berikut Ciri Honda CB300R

  • Dikuasakan enjin silinder tunggal 286cc DOHC penyejukan cecair dengan PGM-FI.
  • Komponen berat diletakkan pada bahagian tengah graviti untuk keseimbangan dan respon baik kepada penunggang.
  • Berat hanya 147kg, juga motosikal paling ringan dalam kelas.
  • Menggunakan frem daripada gabungan besi tabular dan tekan (pressed).
  • Fork terbalik (USD) 41mm dengan hendal 40° dan kadar pusingan 2.3 meter.
  • Absorber tunggal dengan spring lima tetapan.
  • Jarak roda 1,344mm.
  • Cakera brek depan dan belakang jenis apung dengan ABS dwi channel.
  • Semua lampu jenis LED.
  • Panel meter LCD digital nipis dan ringan yang memaparkan maklumat spidometer, takometer, odomoter, takat minyak dan posisi gear serta lampu amaran.
  • Murah disenggara, dan enjin direka dengan meminimumkan pergerakan komponen.
  • Cekap bahan api hasil penggunaan gelang piston jenis rendah geseran, palam pencucuh iridium dan radiator ketumpatan tinggi.
  • Ada dua warna pilihan: Matte Axis Gray Metallic (kelabu) dan Candy Chromosphere Red (merah).

CB300R ditawarkan pada harga ₹2.41 lakh (RM13,776) dan boleh ditempah dengan deposit ₹5,000 (RM285).

BACA >>> Honda RC213V-S - Motosikal Lumba Versi Jalanan Paling Mahal di Dunia

GALERI
Honda CB300R (India)
Honda CB300R India
Honda CB300R India 01
Honda CB300R India 02
Honda CB300R (Eropah)
2018-honda-cb300r-eropah-4
2018-honda-cb300r-eropah-3
2018-honda-cb300r-eropah-2
2018-honda-cb300r-eropah-1

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda, Honda CB300R, Honda India, Honda Motorcycle & Scooter India Pvt Ltd, Honda Neo Sports Café, Neo Sports Café

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev