BERMULA esok (01/02), harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun sebanyak 5 sen. Manakala harga diesel pula kekal. Harga bahan api dan diesel itu berkuat kuasa jam 12:01 pagi ini, 02/02/2019 hingga 08/02/2019.
Ini bermakna, harga RON95 turun kepada RM1.93 berbanding RM1.98 seliter minggu lalu. Bahan api RON97 juga turun daripada RM2.28 kepada RM2.23 seliter. Manakala diesel pula kekal pada RM2.18 seliter.
Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata akan menurunkan harga bahan api pada kadar lebih rendah sejajar dengan trend penurunan harga pasaran minyak mentah dunia.
Penetapan daripada bulanan kepada mingguan juga akan membolehkan pengguna menikmati perubahan harga lebih cepat.
SENARAI HARGA MINYAK [02/02/19 - 08/02/19]
- RON95: RM1.93/liter (turun 5 sen)
- RON97: RM2.23/liter (turun 5 sen)
- Diesel: RM2.18/liter (kekal)
BACA >>> #Spyshot: Yamaha Y15ZR V2.0 Jalani Ujian VTA, Kapcai Paling Hangat Akan Tiba!
BACA >>> Turunkan Harga Petrol RM1.50 Seliter Tiada Dalam Manifesto PH - Timbalan Menteri
Leave a Reply