• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Bakal Tampilkan Semula Buggy Pantai Era 60-an dalam Bentuk EV!

Volkswagen Bakal Tampilkan Semula Buggy Pantai Era 60-an dalam Bentuk EV!

February 7, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLKSWAGEN (VW) pernah terkenal dengan kereta gaya hidup. Pada era 60-an, memiliki VW Combi memang trendi dan hip. Malah memandu Combi hari ini pun digelar hipster. Selain Combi atau Beetle, VW ada sebuah lagi model trendi, Buggy.

Buggy diasaskan daripada Beetle yang diubah suai untuk kegunaan di pantai. Ia dibina tanpa bumbung, fender separuh dan tiada pintu (lihat foto bawah). Itulah definisi hipster muda-mudi era tersebut. Dalam usaha mengenangkan kembali era itu, VW bakal mengembalikan model legenda itu sempena Pameran Motor Antarabangsa Geneva pada Mac ini.

BACA >>> #RetroAuto: Cerita di Sebalik Moyang Sebenar kepada Volkswagen Beetle

volkswagen-buggy-1967-1
volkswagen-buggy-1967-2
volkswagen-buggy-1967-3
volkswagen-buggy-1967-4
volkswagen-buggy-1967-5
volkswagen-buggy-1967-6

BERASASKAN PLATFORM MEB


Kerja menghasilkan Buggy  menjadi mudah kerana ia sebahagian projek model elektrifikasi VW seperti I.D. Buzz yang juga jelmaan semula Combi. Buggy ialah kenderaan elektrik (EV) yang dibangunkan daripada platform modular eletrik, MEB. Konsep Buggy EV dibina berasaskan legasi model itu yang berasal dari California, Amerika Syarikat (AS). Sama seperti model asal, Buggy EV juga tampil tanpa bumbung tetap atau pintu biasa, dan dipasangkan tayar off-road.

Selain mengenangkan nostalgia, VW juga mahu menunjukkan kemampuan platform MEB yang bukan saja boleh digunakan untuk model massa, tetapi juga berpotensi menghasilkan kereta niche yang mempunyai jumlah jualan rendah.

Tidak dinafikan VW Group hari ini begitu mementingkan skala ekonomi dengan banyak komponen dikongsi merentasi jenama. Namun, apa yang membuat VW popular suatu masa lalu ialah model rakyat yang bukan konvensional seperti Beetle dan Combi.

Lebih menarik, gaya hipster VW itu turut dicetuskan pihak ketiga seperti Hebmüller dan Rometsch yang mengubah suai model VW, dan Meyers Manx yang mengeluarkan Buggy. Faktanya, sehingga era 80-an, sekitar 250,000 unit VW sudah diubah suai untuk dijadikan model one-off atau spesial di serata dunia.

Ia bagus untuk VW mengenangkan kembali dan menghargai sejarah penting jenama itu dalam era skala ekonomi dan model seragam industri automotif masa kini.

BACA >>> Lebih 30 Tahun di China, Jualan Volkswagen Kini Cecah 30 Juta Unit!

Related

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, Kenderaan Elektrik (EV), Pameran Motor Antarabangsa Geneva 2019, Platform MEB, Roda4, Volkswagen, Volkswagen Buggy, Volkswagen Buggy Beach, vw, VW Buggy

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev