• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Iron Man Muncul Pandu Hyundai Kona Edisi Khas di Ibu Kota London

Iron Man Muncul Pandu Hyundai Kona Edisi Khas di Ibu Kota London

February 6, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

253
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APAKAH perasaan anda apabila adiwira kegemaran muncul di depan mata? Walaupun itu hanya karakter dalam komik dan layar perak, tetapi ini bukan main-main kerana tanpa mengira usia, minat tetap minat.

Itulah dilakukan bintang Marvel, Tony Stark yang mengenakan sut Iron Man dan membeli-belah di bandar. Kelibat Iron Man dikesan di West Country, England atau lebih tepat di pusat jualan Hyundai dengan sebuah model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu. Apa dilakukan Stark itu sebenarnya ialah aksi sempena mempromosikan Hyundai Kona Iron Man Edition yang dijadualkan dijual pada 1 Mac depan.

BACA >>> Aksesori Ironman Khas Buat Peminat 4x4

Ini bukan sebarang model tempelan, karakter Iron Man benar-benar diperhalusi pada kereta tersebut dengan pelbagai efek dibuat mengikut tema kegemaran ramai tersebut. Aksi dilakukan Iron Man memang menjadi apabila beliau kelihatan membawa anjing keluar bersiar-siar, singgah ke kaunter pandu lalu KFC dan menghantar kotak terpakai ke pusat kitar semula.

Iron Man turut singgah membeli barangan keperluan di kedai runcit, melawat kedai bunga dan mengunjungi kedai cermin mata yang berjaya menarik perhatian ramai.

UNIT TERHAD, TAMPIL KEMASAN ISTIMEWA

Hyundai Kona Iron Man Edition ditayangkan buat kali pertama di Comic Con di Amerika Syarikat (AS), tahun lalu. Tidak ingin mengecewakan peminat tempat lain, Hyundai menawarkan 300 unit terhad di Britain.

Kona edisi khas ini tampil dalam warna kelabu kusam dan merah seperti sut Iron Man dan rim aloi 18 inci yang tertera wajah adiwira itu. Melihat ruang kabin, kemasan upholsteri kulit untuk kerusi menggunakan sulaman benang merah, manakala kerusi depan disulam logo STARK Industries dan imej Iron Man.

Senyuman pasti terukir sebaik saja paparan skrin infotainment dan meter dihidupkan apabila mata Iron Man menyala. Efek tersebut diteruskan dengan nyalaan topeng Iron Man terpantul atas permukaan jalan apabila pintu dibuka.

Dari segi kuasa, Hyundai Kona Iron Man Edition bukan calang-calang SUV. Model ini dibekalkan enjin turbo 1.6 T-GDi berkuasa 175hp yang dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan. Kereta ini mampu memecut 0-100kmj sepantas 7.7 saat dengan kelajuan maksimum 209kmj.

Bagaimanapun, harga Hyundai Kona Iron Man Edition agak 'keras' juga, iaitu bermula £27,995 (RM150,276).

BACA >>> Albert Biermann - Orang Kuat i30 N dan Stinger Kini Dilantik Ketua R&D Hyundai-Kia!

GALERI

Related

253
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: adiwira, hyundai, Hyundai Iron Man Edition, Hyundai Kona, Iron Man, Roda4, Tony Stark

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev