• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aksesori Ironman Khas Buat Peminat 4x4

Aksesori Ironman Khas Buat Peminat 4x4

October 25, 2016 By Admin PanduLaju Leave a Comment

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

aksesori ironman 4x4KEHADIRAN aksesori Ironman 4x4 nyata menyerlahkan penampilan garang Nissan Navara. Dengan aksesori Ironman 4x4, pelanggan boleh memilih pakej-pakej ditawarkan merangkumi Kit Suspensi, Pemijak Sisi dan Rails atau Bar Tunda Perlindungan di Belakang (Rear Protection Tow Bar).

Bukan itu saja, pelanggan turut ditawarkan empat pakej menarik yang boleh didapati pada harga bermula RM5,000 hingga RM19,000. Antaranya;

  • Pakej Challenger Pack
  • Challenger Pack PRO
  • Suspension Pack
  • Suspension Pack Pro

Rustcare Sdn Bhd, pengedar eksklusif aksesori Ironman 4x4 menyatakan produk tersebut kini sudah boleh didapati di kesemua Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS).

Pelanggan boleh menghantar kenderaan 4x4 mereka untuk proses naik taraf suspensi di 38 buah TCEAS. Manakala perkhidmatan naik taraf bagi Ironman “Challenger Pack” dan aksesori-aksesori lain boleh dilakukan di 12 pusat perkhidmatan TCEAS terpilih.

Aksesori IronmanRANGGI

Untuk makluman, aksesori Ironman 4x4 menawarkan rangkaian kit suspensi bersepadu – pegas gegelung dan penyerap hentak – untuk meningkatkan keselesaan dan prestasi pemanduan Nissan Navara.

Malah dengan adanya bull bars turut meningkatkan sudut mendekat dan perlindungan bahagian hadapan trak dengan signifikan. Manakala pemijak sisi dan rel dengan salutan serbuk besi 4x4 bukan sahaja memberi perlindungan kepada kenderaan tetapi juga memudahkan proses keluar masuk dari kenderaan.

Manakala Rear Protection Tow Bar Ironman 4x4 pula direka untuk memberi perlindungan terbaik dan gaya kepada Nissan Navara. Pada masa yang sama menawarkan kemudahan high light jack points, penyangkut tunda bersepadu dan memaksimumkan jarak kelegaan tanah.

DISKAUN MENARIK

Sempena pengenalan Pakej Aksesori Ironman 4x4, TCEAS akan memberikan tawaran pengenalan dengan diskaun ke atas semua pakej Ironman 4X4 termasuklah kos buruh dan aksesori. Selain promosi istimewa, Pakej Aksesori Ironman 4x4 juga hadir bersama Pelan Pembayaran Kredit Mudah 0% di mana-mana pusat servis TCEAS.

Pelanggan yang membeli aksesori Ironman (suspensi sahaja) layak menerima jaminan produk selama tiga tahun atau jarak perbatuan sejauh 60,000km. Manakala aksesori lain hadir dengan jaminan selama setahun.

Artikel Berkaitan

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aksesori Ironman, aksesori Ironman 4x4, Navara, Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd, TCEAS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my