• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jawa Terlajak Laku, Tempahan Terpaksa Ditutup, Tempoh Menunggu Hingga November Ini

Jawa Terlajak Laku, Tempahan Terpaksa Ditutup, Tempoh Menunggu Hingga November Ini

January 30, 2019 By Aryon Leave a Comment

309
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INI antara bukti kenapa pengeluar motosikal global berebut masuk ke pasaran India. Jenama motosikal dari Republik Czech, Jawa, yang baru saja melancarkan dua model baru, Jawa dan Jawa 42, dilaporkan habis ditempah hingga November nanti. Wow!

Jenama Jawa bukanlah berasal dari Jawa, Indonesia ataupun dihasilkan mana-mana jurutera etnik Jawa, tetapi diasaskan di Republik Czech dan kini dihasilkan sepenuhnya di India di bawah syarikat Classic Legends Private Limited (CLPL), iaitu subsidiari kepada konglomerat automotif, Mahindra and Mahindra.

BACA >>> Pelik Tapi Benar, Motosikal Jawa Perak Muncul di India!

Pada 2016, CLPL mendapat kebenaran untuk menghidupkan semula nama Jawa, dan tempahan awal atas talian pun dibuka dengan pengeluaran hanya dibuat berasaskan permintaan atau on-demand. Namun, selepas sebulan lebih diumumkan, tempahan terpaksa ditutup selepas permintaan terlampau tinggi dan tempoh menunggu dikatakan hingga September tahun ini.

Motosikal mensasarkan jualan dalam 90,000 unit setahun dengan penghantaran pra-tempahan dijadualkan bermula Mac nanti. Atas jalan, model-model Jawa akan bersaing dengan Royal Enfield yang berenjin sama, 300cc dan bergaya klasik serupa.

Jawa dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 293cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 27hp dan tork 28Nm dengan transmisi 6-kelajuan. Ciri lain Jawa ialah ekzos kembar jenis sumpit @ peashooter, brek cakera depan (dengan ABS!), dan brek dram di belakang. Berat basah kedua-dua model ialah 170kg, manakala tangki minyak mampu mengisi 14 liter petrol.

Di India, Jawa dijual pada harga 164,000 rupee (RM9,455), manakala Jawa Forty Two dengan tangki dicat, cermin sisi di hujung bar hendal, lampu utama buket tunggal dan spidometer sedikit pelik, berharga 155,000 rupee (RM8,936). Wakil pengedar akan membuka premis jualan seluruh India di 105 lokasi sasaran menjelang akhir Februari ini dengan menawarkan sesi tunggang uji.

BACA >>> Mahindra Dedah Enjin Jawa Baharu - Silinder Tunggal 300cc dengan Ekzos Kembar

Bagaimanapun motosikal seperti ini tiada pasaran di Malaysia. Lagipun ia tidak laju kerana hanya mampu dipecut maksimum 130kmj sahaja. Apatah lagi motosikal seperti ini sangat kuat dikaitkan dengan imej hero Hindustan dan Tamil.

GALERI

JAWA

JAWA FORTY TWO

SUMBER: RideApart

Related

309
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my