• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Ducati Panigale V4 Versi Streetfighter yang Mampu Buat Rusuk Bergetar

#BikinMotor: Ducati Panigale V4 Versi Streetfighter yang Mampu Buat Rusuk Bergetar

January 29, 2019 By Admin PanduLaju 1 Comment

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENAMPILAN motosikal yang satu ini benar-benar memberikan gambaran sebuah streetfighter sejati yang garang dan bengis. Lihat saja rupa depan hingga belakang yang hampir sempurna sosok tubuhnya. Pemilihan lampu depan bujur nipis daripada Ducati XDiavel dengan lingkaran LED menyerlahkan aura sebuah jentera naked tulen.

Dengan nadi dibiarkan terdedah, jentera ini dipasangkan nadi V4 1000cc milik Ducati Panigale V4. Setakat ini Ducati tidak menyebut nama model bergaya monster itu kerana masih dalam versi prototaip. Malah, belum juga mengumumkan niat menghasilkan superbike Panigale V4 versi naked.

BACA >>> 16 Fakta Pantas - Ducati Panigale V4 R (2019) Sedia Gegar WorldSBK dengan Kuasa 234hp

V4 Penta Officine GP Design-2
V4 Penta Officine GP Design-7
V4 Penta Officine GP Design-10

Jadi jentera digelar V4 Penta ini sebenarnya ialah karya ilham Officine GP Design yang cukup imaginatif dan penuh harapan luar biasa.

Intipan bahagian depan menemukan mekanisme suspensi luar kotak yang berbeza dengan material aluminium tuang yang dipasangkan menegak. Bahagian tengah dikukuhkan dengan suspensi monoshock kuning, manakala casis dan frem menggunakan material aluminium.

BACA>>>Ilmberger Carbon Hasilkan 3 Versi Ducati Panigale V4 dengan Perincian Gentian Karbon Sempurna

Menurut AsphaltAndRubber, streetfighter V4 Penta ini berupaya meledakkan kuasa hingga 200hp, sekali gus menjadikan ia jentera berkuasa antara Aprilia dan KTM.

GALERI

Related

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikinmotor, Ducati, Ducati Panigale V4 (2019), kustom, Modifikasi, roda2, V4 Penta

Comments

  1. Yus says

    February 2, 2019 at 1:53 PM

    Pehhhhh..cantik merecikkkk...!!!!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev