INI kenyataan terbaharu daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Timbalan Menteri MITI, Ong Kian Ming yang mendakwa pihaknya sedang mempertimbangkan mahu menurunkan duti eksais kenderaan bagi membolehkan harga kereta lebih rendah.
Bagaimanapun jika terlaksana, Kerajaan akan mengalami pengurangan pendapatan daripada hasil cukai tersebut.
Ong dipetik TheStar berkata, penurunan cukai itu bakal memberi banyak manfaat kepada pengguna dan pemain industri, termasuk juga Kerajaan. Ini kerana, harga kereta murah akan membuatkan lebih ramai rakyat membeli kereta dan hasil cukai juga secara tidak langsung bertambah.
BACA >>> #SembangDeras: Benarkah Harga Kereta di Malaysia Mahal? Penasihat Kewangan Ini Buat Perbandingan
“Pengeluar OEM dapat jual banyak kenderaan, pengguna dapat menikmati harga kenderaan lebih rendah dan Kementerian Kewangan juga dapat kelebihan apabila mengutip lebih banyak cukai kerana jumlah jualan kenderaan semakin bertambah. Ini perkara yang ingin kami pertimbangkan untuk semua model kenderaan,” katanya.
Sementara itu menurut Ong, pemain industri akan menyediakan jangkaan peningkatan jualan kenderaan kepada Kerajaan sebagai sebahagian keperluan pengurangan duti eksais berkenaan. Beliau menambah, vendor dan pembekal tempatan juga akan mendapat manfaat, kerana ini akan merancakkan lagi aktiviti CKD kenderaan.
KESIMPULAN
Apapun, diharapkan pembaca semua bertenang kerana ia masih di peringkat cadangan. Lagipun apa yang disebut timbalan menteri di atas ialah penurunan, BUKAN penghapusan cukai, dan kita sendiri tidak pasti berapa peratuskah penurunan tersebut (kalau terlaksana). 10 peratus? 30 peratus? 60 peratus?
Namun, penurunan tersebut dijangka tidak mempengaruhi harga kereta nasional, sebaliknya lebih kepada kenderaan bukan nasional dari Eropah dan Jepun, terutama model import (CBU). Malah pengeluar bukan nasional hari ini sudah meraih banyak manfaat daripada pelepasan cukai untuk model pemasangan tempatan (CKD) dan kenderaan yang mendapat status kenderaan cekap tenaga (EEV).
BACA >>> 8 Perkara Perlu Anda Faham Jika Mahu Harga Kereta Murah (Artikel Panjang untuk Dibaca)
Lebih mencurigakan kami, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sendiri seperti dikenali sebelum ini bukanlah pemimpin yang pro kepada kereta import (baca: SINI) dan salah satu cari mengekang pembelian kereta import ialah mengenakan syarat kemasukan ke negara ini menerusi cukai. Malah, Tun pernah berkata (baca: SINI), harga kereta yang terlalu murah akan menyebabkan lambakan kereta atas jalan dan masalah lain pula akan berlaku. Dan orang kaya tetap akan beli kereta mahal tidak kira berapa tinggi cukai dikenakan.
Apapun, kita tunggu dan lihat. ☺️
matz kelate says
hahaha .. main-main dengan menteri PH.. ke nak lipak jugak nihh..
"Bagaimanapun jika terlaksana, Kerajaan akan mengalami pengurangan pendapatan daripada hasil cukai tersebut.
Ong dipetik TheStar berkata, penurunan cukai itu bakal memberi banyak manfaat kepada pengguna dan pemain industri, termasuk juga Kerajaan. Ini kerana, harga kereta murah akan membuatkan lebih ramai rakyat membeli kereta dan hasil cukai juga secara tidak langsung bertambah."
Sebelah atas kata kerajaan akan alami pengurangan pendapatan dari hasil cukai sebab turunkan cukai eksais .. sebelah bawah pulak kata hasil cukai akan bertambah bila ramai rakyat beli kereta sebab cukai eksais dah murah..
JADI KESIMPULANNYA.. KERAJAAN MAKIN BANYAK HASIL KE MAKIN KURANG HASIL JIKA MENURUNKAN CUKAI EKSAIS? hahahaha