• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mazda USA Umum Harga Mazda3, AS$22k (RM93k) untuk Sedan Auto Enjin 2.5L

Mazda USA Umum Harga Mazda3, AS$22k (RM93k) untuk Sedan Auto Enjin 2.5L

January 25, 2019 By Han Othman Leave a Comment

419
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAZDA USA mengumumkan harga untuk sedan Mazda3 (2019) yang bermula serendah AS$21,000 (86,856) dengan tambahan caj destinasi AS$895 (RM3,701) untuk semua model. Harga versi hatchback pula bermula AS$23,600 (RM97,609). Harga asas itu ialah untuk varian pacuan roda depan (FWD) dan transmisi manual 6-kelajuan.

Harga paling murah untuk sedan Mazda3 (varian Select) dengan transmisi automatik 6-kelajuan ialah AS$22,600 (RM93,473), manakala hatchback Mazda3 automatik paling murah berharga AS$25,200 (RM104,227).

BACA >>> #SMS2019: Mazda3 (2019) Tunjuk Muka di Singapura, Tetapi Bukan untuk Dijual

Mazda3 (2019) versi pacuan semua roda (AWD), dipanggil 'i-Activ', ditawarkan dalam varian Select, Preferred dan Premium. Sedan AWD paling murah ialah Select, bermula harga AS$24,000 (RM99,264), manakala hatchback AWD termurah cuma ada dalam varian Preferred, AS26,600 (RM110,017). Namun, tiada transmisi manual untuk model AWD.

Cuma ada satu trenkuasa untuk Mazda3 (2019) ketika pelancaran nanti ialah enjin 4-silinder 2.5L Skyactiv-G berkuasa 186hp dan tork 252Nm. Enjin baharu Skyactiv-X, dengan teknologi pencucuhan mampatan, bakal menyusul kemudian.

Ciri standard diberikan ialah paparan skrin lebar 8.8 inci, sistem audio 8 pembesar suara, paparan kluster tolok TFT 7 inci, penghidup tanpa kunci dengan butang tekan-mula, dua palam USB, lampu utama dan belakang LED, rim aloi 16 inci dan banyak lagi.

mazda3-2019-usa-7
MAZDA3 (2019)-27
MAZDA3 (2019)-26

Pakej varian Select memiliki ciri konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, rim 18 inci dan sistem bantuan pemandu, terdiri daripada Kawalan Jelajah Radar Mazda (MRCC) dengan ciri henti-pergi (stop-go), Bantuan Brek Kecemasan (EBA) dan Amaran Perhatian Pemandu (DAA).

BACA >>> Mazda3 (2019) Tawar Teknologi SkyActiv-X, Enjin Petrol dengan Pembakaran Cara Diesel

Varian pertengahan, Preferred ditambah pakej sistem audio Bose 12 pembesar suara, radio satelit Sirius, kerusi pemandu elektrik 8-tetapan dan fungsi pemanas untuk kerusi depan. Varian atasan, Premium diberikan ciri lebih mewah seperti kerusi kulit, bumbung bulan @ moonroof elektrik, lampu utama adaptif, rim aloi hitam berkilat 18 inci, dan pedal syif (untuk transmisi automatik)

Jualan Mazda3 (2019) akan bermula Mac ini untuk pasaran seluruh AS.

GALERI
mazda3-2019-usa-1
mazda3-2019-usa-2
mazda3-2019-usa-3
mazda3-2019-usa-4
mazda3-2019-usa-5
mazda3-2019-usa-6
mazda3-2019-usa-7
mazda3-2019-usa-8
mazda3-2019-usa-9

SUMBER: AutoGuide

Related

419
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amerika Syarikat (AS), Auto Terkini, Harga Mazda3 (2019), hatchback, Mazda USA, Mazda3 (2019), Mazda3 hatchback, Mazda3 sedan, Roda4, Sedan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev