• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Razlan: Pedrosa Hampir Jadi Pelumba Petronas Yamaha SIC, Tetapi Pilih Bersara

Razlan: Pedrosa Hampir Jadi Pelumba Petronas Yamaha SIC, Tetapi Pilih Bersara

January 22, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


DANI Pedrosa
hampir pasti menjadi pelumba utama Petronas Yamaha SIC selepas melepaskan posisinya kepada pelumba baharu, Jorge Lorenzo. Namun, pemenang 31 kali podium MotoGP itu memutuskan untuk bersara dan tidak meneruskan karier sebagai pelumba.

"(Rundingan) Pedrosa memang realiti. Ia sangat, sangat hampir," kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Razlan Razali kepada Crash.net.

"Dia bercakap kepada Yamaha, dan Yamaha memberi jaminan akan berikan segala sokongan yang dia perlukan. Saya duduk dengan dia, bersama Carmelo (Ezpeleta, CEO Dorna).

"Tapi apabila seorang pelumba itu secara mental tidak pasti tentang mahu terus berlumba, tidak banyak yang kami dapat lakukan.

"Kami memang berbincang serius. Apabila dia buat keputusan, dia sebenarnya beritahu saya dan ucap terima kasih atas peluang itu. Dia minta maaf kerana tidak beri jawapan pantas, tetapi saya boleh faham sebab itu keputusan besar bagi dirinya dan saya hormati keputusannya. Dia memang sangat profesional," kata Razlan lagi.

BACA >>> Slot ke MotoGP Memang Sudah Ada untuk Khairul Jika Beraksi Cemerlang

JENTERA 'A SPEC' UNTUK PETRONAS YAMAHA SIC

Buat kali pertama Yamaha menawarkan Sepang peluang menggunakan jentera 'A Spec', sama seperti digunakan pasukan pengilang Yamaha Movistar, Valentino Rossi dan Maverick Vinales pada permulaan musim nanti, berbanding jentera 'B Spec' yang digunakan pasukan lama, Tech3.

Sebagai makluman, kos jentera 'A Spec' ialah lebih mahal dan antara sebab kenapa banyak pasukan satelit tidak diberikan mesin sama.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: Dani Pedrosa, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), MotoGP 2019, Petronas Yamaha SIC, Razlan Razali

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my