• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Selepas Thailand, Giliran Indonesia Lancar Yamaha MT-15 (Malaysia Bila Pula?)

Selepas Thailand, Giliran Indonesia Lancar Yamaha MT-15 (Malaysia Bila Pula?)

January 22, 2019 By Aryon 4 Comments

10.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS Thailand, giliran Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) pula melancarkan MT-15 untuk pasaran negara seberang itu, sekali gus melengkapkan barisan siri MT selain MT-10, MT-09, MT-07, MT-03 dan MT-25. Atas jalan, MT-15 akan berentap dengan model lawan seperti Honda CB150 StreetFire, Suzuki GSX-S150 dan GSX 150 Bandit.

Di pasaran Asean, MT-15 terlebih dahulu menjengah Thailand pada Oktober tahun lalu. Timbalan Pengurus Besar YIMM, Yordan Satriadi berkata, kehadiran MT-15 mewakili trend motosikal masa kini yang dapat dilihat berdasarkan rekabentuk agresif dengan tambahan ciri terkini, dan prestasu enjin berkuasa.

BACA >>> Thailand Lancar Siri MT Paling Bongsu - Yamaha MT-15!

PENAMPILAN MENGANCAM 'URBAN BIKE DESIGN'

MT-15 secara keseluruhan mewarisi karakter famili MT dengan rekabentuk bertemakan 'Urban Bike Design' yang diserlahkan menerusi rupa depan garang dan agresif. Dapat dilihat dua lampu posisi LED menyerupai mata dan satu lampu utama seakan mulut sedang terbuka yang saling tidak terubah seperti sang predator mahu menerkam mangsa.

BACA >>> 7 Fakta Pantas Tentang Yamaha MT-09 Facelift (2018) - Harga RM47,388

Lampu utama MT-15 menggunakan teknologi projektorLED yang mampu menghasilkan suluhan cahaya lebih terang dan fokus. Imej agresif juga dikesan menerusi garis maskular tangki dan badan dengan perincian sudut tajam. Rekaan pelana yang memanjang ke belakang memberikan posisi duduk yang selesa. Lampu belakang juga menggunakan teknologi LED.

MT-15 turut dilengkapi spidometer digital penuh dengan kontras warna negatif, dan indikator anjakan gear sebagai isyarat masa kepada penunggang untuk menukarkan gear untuk mendapatkan prestasi tunggangan optimum. Bar hendal lebat memberikan posisi menunggang menegak, manakala suis pemati enjin @ cut-off dan penghidup enjin memberikan nilai tambah istimewa kepada model naked bike ini, seakan motosikal besar.

FORK USD, ENJIN VVA

yamaha-mt-15-2019-indonesia-8
yamaha-mt-15-2019-indonesia-5
yamaha-mt-15-2019-indonesia-4

Walaupun bersosok besar, MT-15 sebenarnya lincah dan mudah dikendalikan. Penggunaan fork terbalik (USD) meningkatkan kestabilan tunggangan, dan ditambah pula fungsi swingarm aluminium dan absorber jenis monoshock untuk suspensi belakang.

Trenkuasa dijana enjin 155cc dengan teknologi Aktuator Injap Variabel (VVA) penyejukan cecair berkuasa 19hp dan tork 14.7Nm. Sistem transmisi dilancarkan dengan ciri klac bantu dan gelincir (ASS) yang memudahkan proses menukar gear dibuat, manakala piston tempa dan silinder DiAsil memberikan enjin MT-15 tiga kali ganda ketahanan, dan kekuatan serta lebih ringan.

BACA >>> Yamaha YZF-R15 Satu-Satunya Sportbike Aras Mula di India Dapat ABS Dual-Chanel

Harga? MT-15 dijual pada harga Rp34.95 juta (RM10,119), juga model kedua termahal dalam produk naked bike YIMM selepas MT-25, Rp48 juta (RM13,897), tetapi sedikit murah berbanding sportbike R15, Rp35.9 juta (RM10,394). Sebagai perbandingan, R15 di Malaysia berharga RM11,988 dengan beza harga RM1,594. Jadi, mungkinkah MT-15 versi Malaysia berharga lebih kurang RM11,713? Tetapi ingat, itu bukan harga kedai! Hmmm...

GALERI
yamaha-mt-15-2019-indonesia-1
yamaha-mt-15-2019-indonesia-2
yamaha-mt-15-2019-indonesia-3
yamaha-mt-15-2019-indonesia-3
yamaha-mt-15-2019-indonesia-4
yamaha-mt-15-2019-indonesia-5
yamaha-mt-15-2019-indonesia-6
yamaha-mt-15-2019-indonesia-7
yamaha-mt-15-2019-indonesia-8
yamaha-mt-15-2019-indonesia-9
yamaha-mt-15-2019-indonesia-10
yamaha-mt-15-2019-indonesia-11
yamaha-mt-15-2019-indonesia-12
yamaha-mt-15-2019-indonesia-13

SUMBER: DapurPacu

Related

10.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: naked bike, Roda, roda2, Yamaha, Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM), Yamaha MT-15

Comments

  1. Ali says

    August 20, 2019 at 4:12 PM

    Motor mt 15 tidak masuk ke malaysia

    Reply
    • Zulkefli bin Abd Rahman says

      September 24, 2019 at 8:17 PM

      Bila Yamaha Mt 15 masuk di Malaysia

      Reply
  2. Affandie Sheriff says

    October 11, 2020 at 12:54 PM

    Saya menunggu MT15 . Bila nak masuk m,sia

    Reply
    • Abang GYL says

      October 12, 2020 at 10:37 AM

      Dah ada

      https://pandulaju.com.my/mt-25-lancar-di-malaysia-harga-21-5k-mt-15-cuma-previu-lancar-november-ini/

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev