DUCATI mendedahkan seragam serba baharu dan berbeza untuk jentera MotoGP 2019 di fasiliti Phillip Morris International di Switzerland, yang juga menandakan kehadiran semula syarikat gergasi tembakau itu sebagai penaja mesin jenama Itali tersebut dalam bentuk kempen mengurangkan merokok, 'Mission Winnow'. 🤔
Jentera lumba baharu itu juga seakan mengimbau semula penampilan Ducati sedekad lalu, pada 2009 yang juga menggunakan seragam sama, dengan lebih banyak kemasan merah menggantikan putih dan kelabu yang menjadi warna utama jentera itu sejak beberapa musim kebelakang ini.
BACA >>> Pelumba Pertama Sekat Dominasi Rossi, Nicky Hayden Maut Kemalangan Basikal
Bos teknikal Ducati, Gigi Dall'Igna dalam pelancaran itu berkata, selain warna, Ducati turut melakukan perubahan pada jentera dengan menambah baik lebih kuasa kuda dan mengkaji mengenai aerodinamik.
Jentera menawan itu akan melakukan debut litar pertama di tangan Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci pada awal bulan depan dalam ujian pramusim rasmi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Malaysia.
🇬🇧 Are you ready?
Discover #Dovi new 2019 #Ducati today at 18.00 live streaming on his official website https://t.co/GdDvKB1nq4
🇮🇹 Siete pronti?
Scoprite la nuova Ducati 2019 di Dovi oggi alle 18 streaming sul sito ufficiale https://t.co/GdDvKB1nq4#dovi04 #desmodovi #AD04 pic.twitter.com/7SL0Yddk7B— Andrea Dovizioso (@AndreaDovizioso) 18 January 2019
GALERI
SUMBER: MCN
Leave a Reply