NAMPAKNYA segmen neo retro semakin rancak. Menurut laporan Young Machine, motosikal gaya retro memang popular di Eropah. Malah, setiap pengeluar di sana akan cuba memperkenalkan produk baharu dalam segmen tersebut, dan tidak terkecuali Yamaha. Difahamkan, Yamaha siri XSR bakal dijadikan model utama.
Asasnya, XSR 900 ialah hasil transformasi daripada MT-09 kepada model gaya klasik. Malah, Yamaha turut menawarkan aksesori luaran gaya RZ 250 klasik (foto bawah) untuk model retro itu. Jadi, kemungkinan besar XSR 250 akan diadaptasikan daripada MT-25, juga bergaya RZ seperti XSR 900 (foto atas, putih).
Sebelum ini, bengkel kustom Amerika, GG Retrofitz baru-baru ini ada mendedahkan YZF-R25/R3 gaya retro yang mengambil ilham jentera juara dunia, Kenny Roberts.
BACA >>> Kit Badan GG-Rocket Street untuk Yamaha R3 Gaya Retro 60-an
EVOLUSI MT-25
Menurut Young Machine lagi, MT-25 turut berubah, iaitu versi R25 baharu yang di-naked-kan dan dipasangkan fork terbalik (USD), manakala aerodinamik ditambah baik.
Model MT itu akan diserlahkan personaliti menerusi lampu depan baharu. Jika merujuk MT-15 (dilancarkan di Indonesia, dan dibina berasaskan YZF-R15 baharu), model MT aras mula itu tampil dengan tiga kluster lampu depan (1 lampu utama + 2 posisi). Dan jika diperhatikan, gaya lampu posisi MT-15 itu nampak seakan lampu utama MT-09, jenis 'mata'.
Jadi, ada kemungkinan MT-25 menyerupai MT-09.
BACA >>> Thailand Lancar Siri MT Paling Bongsu - Yamaha MT-15!
Komposisi badan 2-silinder paralel dan frem direka untuk gaya tunggangan santai daripada versi konvensional, termasuk bentuk tangki minyak baharu yang nampak sepadan dengan fork USD. Model ini khabarnya akan muncul pada musim luruh 2019 dan melakukan debut menjelang 2020.
* FOTO UTAMA: Lakaran CGI Yamaha XSR 250 (putih) berasaskan spesifikasi MT-25, dan Yamaha R25 versi kit badan Retrofitz.
Ame says
Bila nak bawa masuk MT15/MT25 versi thailand ke Malaysia???
Keterampilan yang paling jitu setakat ini bagi model Naked.