PADA 2015, Proton dan Suzuki menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi meneroka kerjasama dan program pelesenan model. Susulan itu, Suzuki menghentikan operasi di negara kita dan Proton pula menjenamakan semula Ertiga untuk pasaran tempatan.
Jelas hasrat itu tamat memandangkan tiada model susulan selepas Ertiga dan sebahagian saham Proton pula dimiliki Zhejiang Geely Holding. Di peringkat global, Suzuki melancarkan hatchback Swift dan jip kompak Jimny yang mendapat sambutan hangat, manakala di Indonesia, Ertiga serba baharu sudah pun dijual.
BACA >>> #RetroAuto: Volkswagen Hampir Cipta Sejarah di India, Tetapi Syarikat Jepun yang Menang Kontrak
Jika hubungan dengan Geely dapat membuka peluang Proton ke China, kerjasama dengan Suzuki sekurang-kurangnya memberi Proton harapan mengintai bisnes di India yang mempunyai lebih daripada 1.3 bilion orang.
Suzuki memang disukai di India sejak puluhan tahun dulu. Saiz pasaran kereta di India berjumlah 3,229,109 unit pada 2017, dan Maruti Suzuki menguasai 49.6 peratus atau dengan jualan sebanyak 1,602,522 unit. Satu fakta menarik, India ialah antara beberapa negara di dunia yang tidak dikuasai Toyota. Pada 2017, Toyota berada di ranking keenam dengan jualan 139,566 unit, di belakang Honda dengan jualan sebanyak 178,755 unit.
MENANG COTY INDIA
Pasaran India menggemari kereta kecil molek dan kompak. Ini jelas apabila Suzuki Swift memenangi Anugerah Kereta Terbaik (COTY) India 2019 yang mendapat pengiktirafan automotif paling berprestij di sana. Swift kali pertama diperkenalkan di India pada 2005 dan menjadi satu-satunya model Suzuki yang memenangi COTY India untuk setiap generasi. Swift generasi pertama menang anugerah tersebut pada 2006 dan kali kedua pada 2012.
Swift generasi ketiga pula diperkenalkan tahun lalu dan digemari di India sebagai sebuah hatchback premium dengan gayaan sporty, prestasi pemanduan menyeronokkan dan mesra pengguna. Kereta itu dikilangkan subsidiari, Suzuki Motor Gujarat Private limited dan dipasarkan Maruti Suzuki India Limited.
Sejak mula diperkenalkan di India, lebih dua juta unit Swift terjual setakat Jun tahun lalu. Ia juga model paling pantas mencapai jualan 100,000 unit dalam masa 145 hari (kurang 5 bulan). Maruti Suzuki kini mendominasi pasaran kereta India dengan penguasaan sebanyak 50 peratus dan mencecah 54 peratus pada November 2018.
BACA >>> Laku Sangat, Suzuki UK Terpaksa Hentikan Tempahan Jimny
Sebanyak 119,00 unit jualan dicapai pada Disember, antara April hingga September 2018, dengan lebih 919,000 unit kenderaan Suzuki dikeluarkan dan dijual di sana. Memang tidak disangkal lagi, Suzuki ialah raja kereta di India! Tertanya juga, adakah Suzuki mahu kembali ke Malaysia?
Amran says
Malaysia swift mahal sbb ada Proton. Rakyat dipaksa beli Savvy.
lolsomany says
buat kereta jenama islam ialah fardu kifayah, masalahnya tiada jenama islam selain proton ketika itu