• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Memandu dengan Nombor Plat Kotor Boleh Kena Denda £1,000 (RM5k) di UK

Memandu dengan Nombor Plat Kotor Boleh Kena Denda £1,000 (RM5k) di UK

January 7, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

470
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERMULA 1 September tahun lalu, operasi Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) diambil alih Kerajaan di bawah seliaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). AWAS ialah singkatan nama baharu menggantikan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mendapat bantahan kuat daripada rakyat dan parti Pembangkang yang kini membentuk Kerajaan Malaysia.

Syarikat pengendali AES ialah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Kerajaan baharu perlu membayar sejumlah wang pampasan selepas mengambil alih operasi sistem tersebut. Kerajaan juga berbesar hati menghapuskan kompaun untuk pesalah trafik di bawah AES.

BACA >>> Mat Motor Ini Beri Alasan Ekzos Bising Sebab Nak Jimat Minyak, Tapi Tetap Kena Saman

Tetapi awas, apabila anda melalui zon AWAS hari ini. Bermula 1 September tahun lalu, tiada lagi pengurangan atau diskaun untuk pesalah AWAS. Orang Kena Saman (OKS) akan diberikan tempoh kompaun 60 hari berjumlah RM300 dan mata demerit akan dikenakan apabila kompaun itu dibayar.

Apa akan jadi jika kompaun itu tidak dipedulikan?

Padahnya, selepas tamat tempoh kompaun, OKS akan didakwa di mahkamah dan jika gagal hadir, mereka akan disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan melakukan sebarang transaksi di JPJ hingga kes selesai. Maknanya OKS tidak boleh dapat cukai jalan, atau memperbaharui lesen atau melakukan sebarang urusan dan transaksi dengan JPJ.

Keras jugakan? Jadi, suka atau tidak itulah penguatkuasaan yang sudah pun dilaksanakan Kerajaan baharu kita.

DENDA SAMPAI £1,000?


Bagaimanakah pula situasi kompaun dan saman di negara luar, misalnya Britain?

Menurut artikel GEM Motoring Assist, iaitu organisasi keselamatan jalan raya di Britain, denda kesalahan seperti nombor pendaftaran yang gagal dilihat cukup besar. Jumlahnya, £1,000 (RM5,250) jika nombor pendaftaran (atau disebut plat) kotor dan susah dilihat.

Walaupun warga Britain berpendapatan tinggi, jumlah denda tersebut memang tinggi. Bayangkan jika seseorang itu bergaji £2,000 (RM10,475), dan kemudian dia disaman dengan nilai separuh daripada gajinya.

Pegawai Keselamatan Jalan Raya GEM, Neil Worth berkata, walaupun tiada kesalahan mengenai kenderaan kotor dilaporkan, undang-undang Britain menegaskan nombor pendaftaran perlu jelas dapat dilihat atau pengguna berisiko didenda hingga £1,000.

"Membersihkan nombor pendaftaran eloklah dijadikan amalan, terutama apabila keadaan memerlukan, termasuk membersihkan lampu depan dan belakang yang juga langkah keselamatan," katanya

Sementara itu, di Malaysia, kesalahan nombor pendaftaran yang tidak ikut spesifikasi boleh dikenakan denda RM100-RM250 berdasarkan tempoh kompaun. Lebih cepat dijelaskan, maka lebih murah jumlah dibayar.

Dengan jumlah denda begitu tinggi di Britain, jadi tidak hairan kenapa kereta dan motosikal di sana cukup sifat, motor besar ada pemegang plat dan siap dengan cermin sisi walaupun Ducati Panigale. Nombor kereta pula jangan harap hendak ditukar kepada bentuk fancy atau diubah menjadi sebutan nama atau dirapatkan seperti BADTIA /BAKHTIAR (BAD 714)!

BACA >>> Nombor Pendaftaran AKU8055 (AKUBOSS) Dibida Pada Harga RM74,000

Related

470
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AES, AWAS, GEM, GEM Motoring Assist, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Saman, Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev