• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tragedi 2018 Punca Penduduk Arizona Serang Kereta Prototaip Pandu Sendiri

Tragedi 2018 Punca Penduduk Arizona Serang Kereta Prototaip Pandu Sendiri

January 5, 2019 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


LEBIH 20 kes serangan ke atas kereta prototaip pandu sendiri milik subsidiari Google, Waymo dilaporkan sejak syarikat itu memulakan pandu uji bermula 2017.

Menurut The New York Times (NYT), antara kes dilaporkan ialah insiden penduduk Chandler, Arizona dekat Phoenix membaling batu ke arah kereta prototaip Waymo,  yang dibina berasaskan model Chrysler Pacifica, termasuk cuba menghentikan kenderaan utiliti sukan (MPV) itu dan mengancam pengendali di dalamnya.

BACA >>> Penunggang Motor Saman GM, Kes Mahkamah Pertama Libatkan Kereta Pandu Sendiri

Lapor NYT lagi, ada kes seorang perempuan menjerit marah ke arah kereta prototaip itu selepas melihat memasuki kawasan kejiranannya. Juga kes salah satu kereta prototaip ditahan dan pengendali di dalam diancam dengan paip PVC, manakala ada kes tayar kereta prototaip dikelar.

Insiden paling teruk ialah seorang lelaki dilaporkan menunjukkan sepucuk pistol .22 pada prototaip Pacifica dalam cubaan menakutkan pengendali kereta berkenaan.

TRAGEDI PUNCA PENDUDUK ARIZONA MARAH?

kemalangan-uber-autonomi-arizona-3
kemalangan-uber-autonomi-arizona-1
kemalangan-uber-autonomi-arizona-2

Segala laporan insiden serangan tersebut dikatakan berpunca daripada kemarahan penduduk awam berikutan tragedi 2018 yang menyaksikan seorang penduduk Arizona maut dilanggar kenderaan pandu sendiri Uber ketika mangsa sedang melintas jalan.

Bagaimanapun, jurucakap Waymo berkata, keselamatan sentiasa menjadi perkara paling penting dalam pembangunan kereta autonomi. Menurutnya, sebenarnya majoriti penduduk Arizona teruja dan mengalu-alukan teknologi seperti itu dalam usaha menjadikan jalan raya di Amerika lebih selamat.

BACA >>> IIHS: Sistem Kereta Pandu Sendiri Masih Belum Cukup Pintar

KESIMPULAN

Betullah tu. Dalam sejarah, tragedi memang tidak dapat dielakkan setiap kali manusia cuba membangunkan dan menyempurnakan teknologi. Cuma diharapkan dalam dunia yang semakin moden ini, harap tragedi yang melibatkan nyawa dapatlah dikurangkan.

Dan kita pun tidak boleh menyalahkan kalau ada manusia mengamuk sebab geram dan marah kerana yang melayang itu nyawa. Yang kaya itu kompeni kereta.

SUMBER: AutoGuide

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Arizona, Auto Terkini, Google, kereta autonomi, kereta pandu sendiri, Kereta Prototaip, NYT, Roda4, Serangan Arizona, The New York Times, Waymo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev