• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penunggang Motor Saman GM, Kes Mahkamah Pertama Libatkan Kereta Pandu Sendiri

Penunggang Motor Saman GM, Kes Mahkamah Pertama Libatkan Kereta Pandu Sendiri

February 2, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

114
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG penunggang motosikal memfailkan saman ke atas General Motors (GM) selepas terlibat dalam kemalangan dengan kereta tanpa pemandu (autonomi). Kejadian berlaku di California apabila sebuah Chevrolet Bolt yang ketika itu sedang diuji, tiba-tiba memasuki laluan Oscar Nilsson dan melanggarnya pada 7 Disember tahun lalu.

Kereta autonomi itu dikatakan bergerak dalam kelajuan 19kmj dan mempunyai pemandu sokongan di belakang stereng. Nilsson pula ketika itu sedang menunggang pada kelajuan 27kmj. Bagaimanapun, polis San Francisco mendakwa Nilsson bersalah kerana melanggar undang-undang tempatan, iaitu menunggang di tengah laluan.

BACA >>> Lompatan Kanggaru Kelirukan Kereta Prototaip Pandu Sendiri Volvo

Difahamkan, Chevrolet itu bergerak ke laluan kanan secara tiba-tiba dan pemandu sokongan cuba untuk menarik balik stereng tetapi tindakan berkenaan sudah terlambat. Bagaimanapun, Nilsson masih mampu mengangkat semula motosikalnya dan beralih ke bahu jalan tetapi dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian bahu dan leher susulan kejadian itu.

Kes saman itu adalah pertama kali seumpamanya yang melibatkan kenderaan autonomi.

GM kini sedang menjalani ujian kenderaan autonomi di California bagi membangunkan teknologi pemanduan sendiri. Ujian berkenaan turut dipantau pemandu sokongan (bukan robot) sebagai langkah persediaan jika berlaku sebarang kegagalan.

BUKAN INSIDEN PERTAMA

Menurut laporan Reuters, sudah enam insiden kemalangan melibatkan kereta autonomi direkodkan sejak September tahun lalu. Kebanyakan tuntutan melibatkan pemandu kenderaan lain terlanggar kereta ujian dalam situasi memperlahankan kenderaan atau isyarat berhenti.

BACA >>> Nissan Buktikan Kehebatan Teknologi ProPILOT, Selipar Pun Boleh Parkir Sendiri

Salah satu insiden melibatkan seorang pemandu terlanggar belakang kereta ujian yang tidak bergerak di lampu merah. Dalam kes lain pula, seorang penunggang basikal bergerak dalam arah laluan salah dan terlanggar kereta ujian yang sedang dihentikan pemandu sokongan. Pada masa itu kereta ujian tersebut langsung tidak bergerak dan penunggang basikal itu pula terlanggar bahagian bampar dan jatuh.

GALERI
autonomy case (1)
autonomy case (2)
autonomy case (3)
autonomy case (4)
autonomy case (5)
autonomy case (6)

 

Related

114
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Chevrolet, Chevrolet Bolt, General Motor, kereta autonomi, motosikal, Saman

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev