SELEPAS beberapa kali ditangguhkan, akhirnya harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun sebanyak 27 sen. Manakala harga diesel pula turun sebanyak 14 sen. Harga bahan api dan diesel itu berkuat kuasa jam 12:01 pagi ini, 05/01/2019 hingga 11/01/2019.
Ini bermakna, harga RON95 turun daripada RM2.20 kepada RM1.93 seliter. Bahan api RON97 pula turun kepada RM2.23 berbanding RM2.50 seliter sebelum ini. Manakala diesel turut mengalami penurunan daripada RM2.18 kepada RM2.04 seliter.
Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata akan menurunkan harga bahan api pada kadar lebih rendah sejajar dengan trend penurunan harga pasaran minyak mentah dunia.
Penetapan daripada bulanan kepada mingguan juga akan membolehkan pengguna menikmati perubahan harga lebih cepat
SENARAI HARGA MINYAK [05/01/19 - 11/01/19]
- RON95: RM1.93/liter (turun 27 sen)
- RON97: RM2.23/liter (turun 27 sen)
- Diesel: RM2.04/liter (turun 14 sen)
BACA >>> Inilah 7 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Perodua Aruz - Harga Bermula RM72k!
BACA >>> Turunkan Harga Petrol RM1.50 Seliter Tiada Dalam Manifesto PH - Timbalan Menteri
Ali says
Harga roti canai, tambang bas sekolah tak turun jugak ke?
Alson says
Harga minyak tidak stabil bro.. Harga spare part & tepung tak turun(naik berdikit dikit) Heheheh... SST pun tidak turun mingguan..
Gaji driver / penebar roti pun naik berdikit dikit
Daddykasi says
Inilah kejayaan besar PH tahun 2019. Penurunan harga minyak akan memberi kuasa beli lebih baik kepada rakyat menurut Dr. Mahathir. Dalam masa yang sama, upah dan gaji di Malaysia perlu dikawal kenaikannya. Jadi projek kereta nasionl ketiga perlu diteruskan agar rakyat membeli kereta buatan Malaysia dengan menaikkan cukai kereta import atas nama dasar perlindungan (protectionism).