• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lamborghini Siar Imej Acah Huracan Facelift Menjelang Debut 2019

Lamborghini Siar Imej Acah Huracan Facelift Menjelang Debut 2019

January 4, 2019 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


LAMBORGHINI memberi bayangan tentang bakal kemunculan Huracan versi dipertingkat aka facelift dengan menyiarkan imej acah yang dikirimkan kepada pelanggan jenama itu menerusi aplikasi telefon pintar. Produk akhir dijadualkan didedahkan tidak lama lagi.

Huracan kali pertama ditemui dalam rupa celoreng di jalanan pada September tahun lalu dalam bentuk Spyder konvertibel. Model itu dikatakan akan tampil dengan pakej gaya baharu berasaskan model flagship Performante yang lebih agresif, dan kit belakang untuk tambahan daya bawah.

BACA >>> Spyshot: Lamborghini Huracan Spyder (2020) Bakal Dilengkapi Teknologi Kabin Termaju

Beberapa imej intipan juga mengesahkan kereta pacuan semua roda (AWD) LP610-4 itu, yang tidak pernah berubah sejak dilancarkan pada 2014, akan mengalami perubahan penuh pada bahagian belakang dengan difuser baharu, lampu belakang dan sistem ekzos baharu yang dipasang tinggi atas difuser.

Bagaimanapun, sepanjang empat tahun lalu, Huracan sebenarnya pernah tampil dalam beberapa varian. Jadi perubahan rekabentuk kali ini dirancang untuk model coupe LP610-4 dan Spyder, dan juga akan digunakan untuk model LP580-2 pacuan roda belakang (RWD). Disebabkan versi LP640-4 Performante baru saja dilancarkan, jadi ia tidak akan jadi sebahagian daripada facelift 2019.

Selain rekabentuk, Huracan facelift ini juga dijangka mengalami peningkatan kuasa, termasuk ruang dalaman dan tidak dilupakan tetapan suspensi. Harga pula sudah tentu bertambah daripada nilai sedia ada, £180,000 (RM941,598).

Berita gembira untuk orang kaya?

BACA >>> Lamborghini Huracan Serba Ungu Siap Dibikin Ini Milik Wanita Arab Dubai

GALERI

SUMBER: AutoExpress

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Imej Acah, Lamborghini, Lamborghini Huracan, LP610-4, Roda4, Supercar, teaser

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara
    Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev