• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JD Power: Vespa, Jenama Paling Mahal di Pasaran Kenderaan Terpakai Amerika

JD Power: Vespa, Jenama Paling Mahal di Pasaran Kenderaan Terpakai Amerika

January 3, 2019 By Aryon Leave a Comment

526
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BUAT kali pertama J D Power mengumumkan anugerah untuk kenderaan terpakai dengan nilai jual semula terbaik di pasaran Amerika Syarikat (AS) yang dimenangi jenama skuter ikonik, Vespa.

Purata harga Vespa terpakai kekal 72 peratus daripada harga jualan baharu, dan model paling bernilai ialah Vespa Sprint 150 atau GTS 300. Jika pembeli menjual selepas tiga tahun dibeli, nilai Vespa mereka itu ialah 80 peratus daripada harga jualan.  Malah ada yang dapat menjual pada harga baharu.

BACA >>> #RetroAuto: Fakta Menarik Tentang Vespa - Ikon Skuter Lebih 70 Tahun di Pasaran

Berikut ialah antara alasan kenapa Vespa memiliki nilai jual semula tinggi di pasaran AS ialah:

  1. Dianggap jenama mewah.
  2. Tidak banyak unit di pasaran terpakai AS. Pada masa ini, Vespa cuma mewakili 20 peratus pasaran skuter baharu negara itu.
  3. Masih mengekalkan teknik pembuatan menggunakan badan besi. Ini bermakna walaupun boleh calar dan kemek, tetapi badan skuter Vespa tidak akan pecah seperti skuter Jepun dan China.
  4. Status mewah membuatkan pemilik Vespa menjaga dan menyenggara skuter mereka dengan lebih baik berbanding skuter China.

Ada beberapa tip menarik dikongsikan kalangan penunggang AS mengenai pembelian motosikal berbaloi. Ramai menyarankan penunggang baharu membuat sedikit pelaburan membeli Vespa jenis Sprint 150. Model itu dikatakan boleh dijadikan motosikal aras mula terbaik dari segi prestasi (mampu dipecut 100kmj) untuk penunggang baharu mendalami pengalaman menunggang, dan pada masa sama menawarkan nilai jual beli semula tinggi.

vespa-sprint-150-1
vespa-sprint-150-7
vespa-sprint-150-3
vespa-sprint-150-6
vespa-sprint-150-4
vespa-sprint-150-5

Harga Sprint 150 baharu ialah AS$5,550 (RM23,000), dan selepas tiga tahun penunggang baharu (yang sudah berpengalaman) dapat menjual semula model itu pada harga kira-kira AS$4,300 (RM17,824). Jadi dengan harga jualan terpakai itu, mereka dapat beli mana-mana motosikal besar terpakai, juga berusia 3 tahun, dengan harga cuma AS$1,150 (RM4,767).

BACA >>> #TunggangUji: Vespa Primavera 150 (2018) - Skuter untuk Nikmati Erti Santai Sebenar

Amacam, berbaloikan tip macam ni? Tapi, itupun jika trend tiga tahun akan datang masih sama. 😛 Apapun, di Malaysia kita semua sudah tahu jenama apa yang memiliki nilai jual semula tinggi.

SUMBER: RideApart

Related

526
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amerika Syarikat (AS), AS, J.D Power, Kenderaan Terpakai, Motosikal Terpakai, nilai jual semula, resale value, RV, USA, Vespa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev