• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Adakah Ini SUV Perodua? Harga Jualan RM70k-RM80k?

Adakah Ini SUV Perodua? Harga Jualan RM70k-RM80k?

December 29, 2018 By Abang GYL 5 Comments

23.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PAKAR manipulasi foto, Ajerul sekali lagi menyiarkan imej penuh bayangan model baharu kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua menerusi laman Facebook miliknya, TheAjerul.

Bakal dilancarkan tidak lama lagi pada suku pertama tahun depan (Januari-Mac 2019), Ajerul dalam laman facebook mendakwa SUV Perodua yang bakal menggantikan model Alza itu bakal diberikan nama Aruz. Benarkah?

SUV Perodua baharu ialah model rebadge daripada Toyota Rush yang baru saja dilancarkan baru-baru ini. Bagaimanapun, model SUV ketiga Perodua selepas Kembara dan Nautica itu akan mendapat sentuhan kosmetik untuk disesuaikan dengan identiti syarikat itu.

Perodua sebelum ini juga sudah berkongsi beberapa video dan foto acah. Antara yang pasti hadir pada SUV Perodua ialah konfigurasi tempat duduk fleksibel. Jika melihat contoh yang ada pada model Toyota Rush (gambar bawah), tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipat dengan susunan berbeza mengikut keperluan pengguna. Apa yang istimewa, tempat duduk belakang boleh diratakan sepenuhnya.

BACA >>> Perodua Siar Video Acah Pertama SUV Baharu, Ada 6 Beg Udara dan Teknologi A.S.A 2.0

Ciri keselamatan SUV baharu Perodua ini dilengkapkan dengan 6 beg udara yang boleh diandaikan 4 unit untuk penumpang depan (2 depan dan 2 sisi), dan 2 unit beg udara tirai yang memanjang untuk penumpang depan. Menariknya, SUV ini turut dilengkapkan dengan ciri bantuan pemandu, dinamakan Bantuan Keselamatan Termaju @ A.S.A versi 2.0, iaitu dengan pengesan pejalan kaki.

Dengan enjin teknologi Dual VVT-i bersesaran 1.5L, SUV Perodua itu dilengkapkan dengan sistem 'Eco Idle', yang melayakkan model ini mendapat status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Malah, menurut Perodua, tahap ekonomi bahan api SUV ini ialah terbaik dalam kelasnya, iaitu 15.6km/liter.

Persoalannya, berapakah harga yang bakal diletakkan oleh Perodua bagi model SUV ini? Kami jangka harga pengenalan model itu sekitar RM70,000 hingga RM80,000.

Puas hati?

BACA >>> 13 Fakta Pantas Tentang Toyota Rush di Malaysia, Harga Bermula RM93k

SUV Perodua
Harga SUV Perodua

Related

23.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: enjin perodua aruz, enjin SUV Perodua, harga perodua aruz, Harga SUV Perodua, perodua aruz, SUV Perodua, SUV Perodua malaysia, top speed perodua aruz

Comments

  1. Mohd Rahmat Mering Abdullah says

    December 30, 2018 at 6:03 AM

    Apa pun harga yg di letak kan, moga pasaran tampadat amat berpatutan atau mampu milik...kalau utk pasaran eksport sesuai lah harga melambung. Baru kita rasa bangga dgn keluaran kereta tampatan.

    Reply
    • Jamali.Padat says

      December 31, 2018 at 5:25 AM

      Tampadat?

      Reply
  2. Wak says

    December 30, 2018 at 11:38 PM

    Engin Naturally aspirated 1.5 utk SUV? Knp tak masuk ketegori MPV aje. Ke kecil mcm jimny.

    Reply
  3. Suhardi says

    January 5, 2019 at 8:15 AM

    Laaa...tadak ulasan video kah? Mana pulak pegi nya Abg Gan nih?

    Reply
    • ABG GYL says

      January 5, 2019 at 10:54 AM

      Dalam masa terdekat Insha Allah

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev