Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Adakah Ini SUV Perodua? Harga Jualan RM70k-RM80k?
Auto Terkini

Adakah Ini SUV Perodua? Harga Jualan RM70k-RM80k?

Abang GYLBy Abang GYL29/12/20185 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PAKAR manipulasi foto, Ajerul sekali lagi menyiarkan imej penuh bayangan model baharu kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua menerusi laman Facebook miliknya, TheAjerul.

Bakal dilancarkan tidak lama lagi pada suku pertama tahun depan (Januari-Mac 2019), Ajerul dalam laman facebook mendakwa SUV Perodua yang bakal menggantikan model Alza itu bakal diberikan nama Aruz. Benarkah?

SUV Perodua baharu ialah model rebadge daripada Toyota Rush yang baru saja dilancarkan baru-baru ini. Bagaimanapun, model SUV ketiga Perodua selepas Kembara dan Nautica itu akan mendapat sentuhan kosmetik untuk disesuaikan dengan identiti syarikat itu.

Perodua sebelum ini juga sudah berkongsi beberapa video dan foto acah. Antara yang pasti hadir pada SUV Perodua ialah konfigurasi tempat duduk fleksibel. Jika melihat contoh yang ada pada model Toyota Rush (gambar bawah), tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipat dengan susunan berbeza mengikut keperluan pengguna. Apa yang istimewa, tempat duduk belakang boleh diratakan sepenuhnya.

BACA >>> Perodua Siar Video Acah Pertama SUV Baharu, Ada 6 Beg Udara dan Teknologi A.S.A 2.0

Ciri keselamatan SUV baharu Perodua ini dilengkapkan dengan 6 beg udara yang boleh diandaikan 4 unit untuk penumpang depan (2 depan dan 2 sisi), dan 2 unit beg udara tirai yang memanjang untuk penumpang depan. Menariknya, SUV ini turut dilengkapkan dengan ciri bantuan pemandu, dinamakan Bantuan Keselamatan Termaju @ A.S.A versi 2.0, iaitu dengan pengesan pejalan kaki.

Dengan enjin teknologi Dual VVT-i bersesaran 1.5L, SUV Perodua itu dilengkapkan dengan sistem ‘Eco Idle’, yang melayakkan model ini mendapat status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Malah, menurut Perodua, tahap ekonomi bahan api SUV ini ialah terbaik dalam kelasnya, iaitu 15.6km/liter.

Persoalannya, berapakah harga yang bakal diletakkan oleh Perodua bagi model SUV ini? Kami jangka harga pengenalan model itu sekitar RM70,000 hingga RM80,000.

Puas hati?

BACA >>> 13 Fakta Pantas Tentang Toyota Rush di Malaysia, Harga Bermula RM93k

SUV Perodua
Harga SUV Perodua
enjin perodua aruz enjin SUV Perodua harga perodua aruz Harga SUV Perodua perodua aruz SUV Perodua SUV Perodua malaysia top speed perodua aruz
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT, 115 Untuk Ulang Tahun ke-115 TT

    23/05/2026
    Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol | Ismaliza
    Auto Terkini

    AFA Prime Keluar Lebih 2,000 Notis Tuntutan Kes Tidak Bayar Tol KLK, LPT1

    22/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    LRT Laluan Kelana Jaya
    Auto Terkini

    Tiada Lagi ‘Tin Sardin’, Laluan LRT Kelana Jaya Bakal Terima 26 Tren Baharu Menjelang 2031

    22/05/2026

    5 Comments

    1. Mohd Rahmat Mering Abdullah on 30/12/2018 06:03

      Apa pun harga yg di letak kan, moga pasaran tampadat amat berpatutan atau mampu milik…kalau utk pasaran eksport sesuai lah harga melambung. Baru kita rasa bangga dgn keluaran kereta tampatan.

      Reply
      • Jamali.Padat on 31/12/2018 05:25

        Tampadat?

        Reply
    2. Wak on 30/12/2018 23:38

      Engin Naturally aspirated 1.5 utk SUV? Knp tak masuk ketegori MPV aje. Ke kecil mcm jimny.

      Reply
    3. Suhardi on 05/01/2019 08:15

      Laaa…tadak ulasan video kah? Mana pulak pegi nya Abg Gan nih?

      Reply
      • ABG GYL on 05/01/2019 10:54

        Dalam masa terdekat Insha Allah

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.