• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan USA Perkenal GT-R (2019) dalam 4 Varian, Harga Bermula Serendah RM418k

Nissan USA Perkenal GT-R (2019) dalam 4 Varian, Harga Bermula Serendah RM418k

January 2, 2019 By Abang Hirata 1 Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN GT-R35 sudah layak memasuki mana-mana anugerah legenda sebagai sebuah kereta ikonik dunia. GT-R35 pertama kali ditawarkan kepada pelanggan di Jepun pada Disember 2007. Ini bukan salah taip, benar GT-R sudah berusia 11 tahun.

Mereka yang terlibat dalam projek ini memang genius, walaupun sudah lebih sedekad, GT-R masih kekal relevan sama ada dari segi reka bentuk, teknologi dan pasaran. Buat kali pertama juga, GT-R ditawarkan secara rasmi di Asia Tenggara. Pada Mac lalu Nissan melancarkan GT-R Premium Edition, juga dengan harga premium, RM 1.69 juta. Sekali lagi, ini bukan salah taip dan itulah harganya, 13.5 juta baht.

BACA >>> Inilah 7 Nissan GT-R Edisi Khas yang Paling Wow!

Pada 5 Disember lalu, Nissan USA mengumumkan GT-R edisi 2019 yang ditawarkan dalam 4 varian untuk pasaran Amerika Syarikat (AS). Berapakah pula harganya?

1. NISSAN GT-R PURE - AS$99,990 (RM418,109)

Ini varian paling asas dan mampu milik. Harga disyorkan ialah AS$99,990 (RM418,109) dan tidak berubah daripada versi 2018. Pembeli boleh memesan pakej All-Weather yang didatangkan dengan tayar Dunlop semua musim, dan campuran nisbah campuran air dan penyejuk unik.

2. NISSAN GT-R PREMIUM - AS$110,540 (RM462,224)

Varian ini sama seperti ditawarkan di Thailand. Varian ini dilengkapi 11 pembesar suara Bose®, Pembatalan Suara Aktif dan Sistem Pembaikan Suara Aktif dan sistem ekzos Titanium. Pembeli turut ditawarkan tiga pilihan pakej interior, Amber Red, Kuro Night dan Rakuda Tan, dan pakej All-Weather seperti GT-R Pure.

3. NISSAN GT-R TRACK EDITION - AS$128,540 (RM537,491)

Varian ini dibangunkan untuk memberikan prestasi lebih tinggi berbanding GT-R Pure dan Premium dengan dilengkapkan beberapa komponen GT-R NISMO.

4. NISSAN GT-R NISMO - AS$175,540 (RM734,022)

Siri paling berprestasi tinggi dalam siri GT-R35 jalanan dengan kuasa 600hp berbanding 565hp untuk varian lain. GT-R50 Italjet rekaan Pininfarina juga diasaskan daripada varian ini.

BACA >>> Nissan GT-R50 Sentuhan Italdesign yang Serba Memukau

GT-R NISMO hanya ditawarkan dalam unit terhad di AS. Varian ini dilengkapi pelbagai komponen lumba dengan menawarkan beberapa kelebihan dari segi aerodinamik, suspensi, dan trenkuasa yang menjadikan ia jentera istimewa di atas trek dan jalan raya.

Semua varian GT-R (2019) dilengkapi ciri standard seperti lampu utama LED, lampu siang (DRL) LED, unit infotainment NissanConnect® dengan Navigasi dan Apple CarPlay™, dan kerusi kulit dengan kombinasi suede.

GT-R Pure, Premium dan Track Edition digerakkan enjin 3.8L DOHC V6 24 injao berkuasa 565hp dengan tork 633Nm dan dipadankan transmisi klac kembar sekuensial 6-kelajuan dan pacuan kawalan elektronik AWD ATTESA E-TS. GT-R NISMO, dengan kuasa 600hp dan tork 652 Nm, dilengkapi interior dan luaran eksklusif, manakala suspensi ditala istimewa.

Ada 5 pilihan upholsteri ditawarkan seperti di bawah ini:

RAKUDA TAN SEMI ANILINE
RED AMBER SEMI ANILINE
KURO NIGHT SEMI ANILINE LEATHER
BLACK
BLACK RED

Harga pula, suka untuk kami kongsikan pasaran kereta AS pada 2017 ialah 17.25 juta unit. Selain itu, penduduk AS juga mempunyai taraf hidup tinggi. Pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita 2017 bagi penduduk negara Uncle Sam itu ialah AS$53,128.54 (RM222,157.24).

BACA >>> Nissan Leaf NISMO RC - EV Versi Lumba dengan Pecutan 0-100kmj Sepantas 3.4 Saat!

GALERI

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Nissan, Nissan GT-R, Nissan GT-R 35

Comments

  1. subaidah says

    June 22, 2020 at 8:20 AM

    i want to buy gtr nismo but where im should buy because i don't know where gtr nismo has sale in malaysia can u give me address where want to buy gtr nismo in malaysia

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev