• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Arteon UK Dapat Enjin 2.0L yang Lebih Berkuasa - 268hp, 350Nm

Volkswagen Arteon UK Dapat Enjin 2.0L yang Lebih Berkuasa - 268hp, 350Nm

December 21, 2018 By Han Othman Leave a Comment

152
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLKSWAGEN
mengemas kini sedan Arteon dengan menampilkan enjin baharu 4-silinder 2.0L pengecas turbo yang lebih berkuasa pada harga bermula £39,065 (RM206,225) untuk pasaran Britain.

Enjin baharu itu mampu menjana kuasa 268hp dan tork 350Nm yang disalurkan daripada transmisi automatik 7-kelajuan DSG kepada sistem pacuan semua roda (AWD) sebagai standard, dengan pecutan 0-200kmj sepantas 5.6 saat dan kelajuan maksimum 250kmj.

BACA >>> 94 Foto Volkswagen Arteon yang Mengancam Jiwa

Walaupun dipacu sistem pacuan AWD, enjin baharu itu masih mampu menawarkan jarak perjalanan yang menjimatkan, iaitu 17.2km per liter untuk kitaran gabungan bandar dan lebuh raya, manakala rating emisi karbon dioksida (CO2) ialah 160g/km.

Sistem AWD yang dibekalkan juga tidak menjejaskan ruang but yang menawarkan kapasiti standard seluas 563 liter, dan 1,557 liter jika kerusi belakang direbahkan. Kedua-dua varian Arteon didatangkan dengan trenkuasa baharu. Harga varian Elegance bermula £39,065 (RM206,225) dengan rim aloi 18 inci, sistem infotainment 12.3 inci, kawalan jelajah adaptif (ACC) dan lampu utama aras automatik. Varian R-Line pula lebih mahal dengan harga bermula £39,850 (RM210,367) yang dipakejkan bersama rim aloi 19 inci, bampar R-Line, lencana R-Line dan kerusi sport R-Line

BACA >>> #GIMS2017: Debaran Debut Volkswagen Arteon di Geneva, Pengganti Passat CC

Arteon ialah sedan gaya fastback segmen-D yang kali pertama diperkenalkan pada 2017 dan dibina berasaskan platform MQB dibangunkan Volkswagen Group. Ia juga disebut sebagai pengganti model terdahulu CC, tetapi dengan ciri lebih trendy dan premium. Sebelum terlupa, Arteon tidak dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

GALERI
vw-arteon-uk-1
vw-arteon-uk-2
vw-arteon-uk-3
vw-arteon-uk-4
vw-arteon-uk-5
vw-arteon-uk-6
vw-arteon-uk-7
vw-arteon-uk-8
vw-arteon-uk-9
vw-arteon-uk-10
vw-arteon-uk-11

Related

152
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Roda4, Volkswagen, Volkswagen Arteon, Volkswagen Arteon (2019), Volkswagen UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev