• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan GT-R Edisi Pemain Tenis Jepun, Naomi Osaka yang Cuma 50 Unit Dijual

Nissan GT-R Edisi Pemain Tenis Jepun, Naomi Osaka yang Cuma 50 Unit Dijual

December 20, 2018 By Han Othman Leave a Comment

189
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN GT-R (R35) hari ini sudah dikeluarkan kira-kira 11 tahun dan masih tiada sebarang tanda tentang kemunculan model generasi baharu. Nissan pernah menguarkan tentang R36, tetapi tiada sebarang foto intip tertangkap. Ini bermakna kehadiran model supercar itu bukanlah dalam masa terdekat.

Jadi bagi mengekalkan kesegaran Godzilla ini,  Nissan memutuskan melancarkan GT-R edisi spesial dan antara model itu ialah GT-R50 yang mendapat sentuhan firma rekabentuk dari Itali, Italdesign dengan tanda harga lebih AS$1 juta (RM4 juta).

BACA >>> Nissan GT-R50 Italdesign Kini Sedia Ditempah, Cuma 50 Unit - RM4.73 Juta Sahaja!

GT-R JDM

2019-nissan-gt-r-special-edition-jdm-12
2019-nissan-gt-r-special-edition-jdm-6
2019-nissan-gt-r-special-edition-jdm-9

Bagi pasaran domestik Jepun (JDM), Nissan memperkenalkan GT-R edisi terhad sempena meraikan hubungan akrab antara pengeluar itu dan juara Grand Slam, Naomi Osaka. Pemain tenis berusia 21 tahun itu membantu Nissan menghasilkan kereta dengan kemasan fancy seperti mana sebuah supercar, dan akan ditawarkan dalam pilihan warna: Brilliant White Pearl, Meteor Flake Black Pearl, dan Midnight Opal.

Selain disadur lapisan cat khas, Nissan memberikan GT-R spoiler karbon kering dan plat emas dalam ruang enjin. Lampu belakang diberikan ciri LED, manakala skema dalaman unik  dihasilkan berasaskan warna luaran terpilih dengan mengambil kira aspek dalaman dan prestasi jentera.

Bagi mengekalkan ciri eksklusif, Nissan memutuskan menghasilkan 50 unit GT-R sahaja dan perincian harga akan didedahkan bulan depan. Semua itu dibuat berasaskan gred edisi Premium yang pastinya tampil berbeza berbanding model biasa.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Nissan GT-R Dipanggil Godzilla, Bukan Dugong atau Ketam?

Selain mengemas kini GT-R sedia ada, Nissan juga tidak lupa tentang model terdahulu, dengan menawarkan program NISMO Heritage Parts untuk menyediakan pelbagai komponen R32, tahun lalu, dan terbaharu melancarkan alat ganti untuk R33 dan R34 Skyline.

GALERI

SUMBER: Motor1.com

Related

189
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, JDM, Naomi Osaka, Nissan, Nissan GT-R, Nissan GT-R JDM, Nissan GT-R35, Pasaran Domestik Japun (JDM), Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev