• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota MR2 Mungkin Kembali dengan Bantuan Subaru?

Toyota MR2 Mungkin Kembali dengan Bantuan Subaru?

December 18, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEBERAPA bulan lalu, ada laporan tentang rancangan Toyota mencari rakan kerjasama daripada kalangan pengeluar lain dalam usaha menghasilkan model sport menyertai 86 dan Supra. Model baharu dikatakan itu ialah Celica dan MR2. Disebabkan Toyota sudah bekerjasama dengan BMW dan Subaru untuk Supra dan 86/BRZ akan datang, Toyota memberi bayangan tentang kemungkinan wujud satu lagi kerjasama dengan Subaru bagi model sport ketiga.

BACA >>> Toyota 86 dan Subaru BRZ Serba Baharu dalam Pembikinan?

Menurut Japanese Nostalgic Car, ada desas-desus mengatakan Toyota dan Subaru akan kembali bergabung lagi, dan kali ini dalam menghasilkan enjin tengah Toyota.

Dahulu, Ketua Jurutera Supra, Tetsuya Tada merujuk Celica, MR2, dan Supra sebagai 'The Three Brothers' dari zaman 80 dan 90-an. Jadi, memang ada harapan bakal tiba barisan model sama pada masa akan datang.

Bagi mengisi ruang antara 86 dan Supra, Toyota memerlukan generasi baharu MR2. Jika benar, maka duet 86-BRZ akan berlaku lagi. Sayang sekali belum ada maklumat lebih terperinci mengenai trenkuasa jentera sport enjin tengah buatan Toyota dan Subaru itu.

Ramalannya, enjin itu perlu disesuaikan dengan kedudukan MR2, dan kuasa perlu melebihi 200hp. Japanese Nostalgic Car turut menyatakan Toyota dan Subaru kini sedang membangunkan enjin 2.4L untuk generasi baharu 86/BRZ yang boleh digunakan untuk MR2 akan datang.

BACA >>> Kajian: Toyota, Subaru Paling Ramai Pelanggan Setia di Amerika

Buat masa ini semuanya sekadar spekulasi. Apakah pula pendapat anda, jangan lupa komen di bawah!

toyota-mr2-2
toyota-mr2-4
toyota-mr2-1
toyota-mr2-5
toyota-mr2-6
toyota-mr2-3

SUMBER: Japanese Nostalgic Car

Related

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kereta Sport, Roda4, Subaru, Subaru BRZ, Tetsuya Tada, Toyota, Toyota 86, Toyota MR2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev