PROTON X70 yang dilancarkan beberapa hari lalu mendapat pelbagai reaksi rakyat Malaysia. Ada yang suka dan ada sebaliknya, tetapi ramai mengakui model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton itu memang canggih.
Mereka yang sedang mencari SUV untuk dibeli biasanya sudah ada senarai pendek model dihajati. Dalam analisis itu, dapat dilihat jelas X70 mempunyai kelebihan ketara. Ia bukan harga semata-mata, tetapi pakej menyeluruh ditawarkan.
BACA >>> 13 Soalan Paling Banyak Ditanya Tentang Proton X70
Selain fungsi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang biasa dilengkapi pada kereta buatan Eropah dan premium, sistem arahan suara X70 juga disebut ramai. Bukan saja pengguna biasa, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri berulang kali meluahkan rasa kagumnya sambil sempat berseloroh tentang teknologi ini ketika berucap pada majlis pelancaran lalu.
Beliau memanggil X70 sebagai 'the talking car' atau kereta yang mampu bercakap.
KERETA YANG BERCAKAP
Memang benar, X70 mampu bercakap atau menjawab pertanyaan pemandu. Teknologi arahan suara, atau istilah asal, voice-user interface biasanya dilengkapi pada model berjenama premium. Jika jenama premium, bunyinya seperti aras tinggi, tetap faktanya teknologi arahan suara sudah biasa kita bawa ke sana dan ke mari dalam kocek kita. Apa dimaksudkan itu ialah fungsi 'Siri' pada telefon pintar iPhone atau Google Assistant.
BACA >>> Pendedahan Kedua: ADAS - Lengkapkan Proton X70 dengan Ciri Keselamatan Termaju
Proton sebagai jenama massa sudah melangkah ke satu tahap lebih tinggi apabila menawarkan fungsi arahan suara pada X70. Menariknya, semua varian dilengkapi fungsi tersebut dengan tambahan arahan suara tingkap dan bumbung panoramik untuk varian 2WD Premium.
Bagaimanakah cara mengaktifkan fungsi arahan suara? Di bawah kami senaraikan cara-cara itu:
1. AKTIFKAN ARAHAN SUARA
Ada tiga cara iaitu:
- Ucapkan 'Hi Proton'
- Atau tekan ikon mikrofon pada skrin
- Atau tekan butang 'mode' pada stereng selama lebih 2 saat
2. KAWALAN KENDERAAN
Fungsi ini digunakan untuk melakukan tiga arahan: bumbung panoramik dan tingkap kuasa (2WD Premium sahaja), dan penyaman udara.
Arahan suara untuk bumbung panoramik:
- Sunroof open/close
Jika mahu buka atau tutup tingkap kuasa, sebutkan:
- Windows up/down
Jika mahu naik atau turunkan suhu penyaman udara, sebutkan:
- I'm hot/cold
- Set temperature to 24ºC
3. NAVIGASI
Jika malas menaip destinasi, atau tidak mahu pemanduan terganggu dengan pelbagai butang navigasi, terus saja sebut destinasi, contohnya:
- Bring me home
- Bring me to KLCC Mosque
- I'm hungry (kemudian sistem akan memaparkan contoh restoran mengikut nombor, sebutkan pilihan berdasarkan nombor)
4. HIBURAN
Terbahagi kepada dua bahagian, radio dan muzik:
Radio - sebutkan:
- Tuner on/off
- Volume up/down
- Next/previous station
Muzik - sebutkan:
- Play music/exit music
- Play Raihan (penyanyi atau lagu spesifik)
- Volume up/down
- Next/previous song
Proton turut mengubah suai sistem pengecaman suara berdasarkan Bahasa Inggeris slanga tempatan. Jadi usah risau dan tidak perlu bercakap ala mat saleh. Sistem ini juga mampu mengenal pasti broken English asalkan jelas kata kunci yang diucapkan.
Skrip dalam video di atas ialah antara contoh disediakan Proton, anda sebenarnya boleh bereksperimen atau bermain dengan pelbagai arahan suara. Cubalah, cuma nak bercakap dialek Pilah atau Kelate belum lagi.
BACA >>> #Videotomotif: Inilah Pandangan Kami Mengenai Proton X70
Menarik bukan? Hebat Proton!
Leave a Reply