• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Albert Biermann - Orang Kuat i30 N dan Stinger Kini Dilantik Ketua R&D Hyundai-Kia!

Albert Biermann - Orang Kuat i30 N dan Stinger Kini Dilantik Ketua R&D Hyundai-Kia!

December 15, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

231
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN Hyundai dan Kia sudah lama menambat hati pengguna umum di seluruh pelusuk dunia, tetapi masih sukar  memuaskan hati peminat kereta prestasi.

Hyundai misalnya sudah lama terlibat dalam sukan permotoran menerusi Kejohanan Rali Dunia (WRC) dengan mempertaruhkan Accent dan terbaharu, i30. Malah, pengeluar dari Korea itu juga berkali-kali mencuba menembusi pasaran niche melalui model coupe dan kemudian, Veloster. Kia pula menawarkan Forte Koup dan Cee'd GT yang sedikit sebanyak menambat hati kelompok itu.

BACA >>> Anugerah Majalah Top Gear: Hyundai Diiktiraf Pengeluar Automotif Terbaik 2018

Suasana tiba-tiba jadi hening apabila Hyundai dan Kia masing-masing melancarkan model disegani ramai. Model dimaksudkan itu ialah Hyundai i30 N dan Kia Stinger. Antara faktor kenapa model tersebut dipandang tinggi ialah kehadiran tokoh di sebalik pembangunan model hebat itu.

NAIK PANGKAT

albert-biermann-bmw-m
albert-biermann-hyundai
albert-biermann-hyundai-i30n

Albert Biermann ialah Naib Presiden Kejuruteraan BMW M sebelum menyertai Hyundai Motor Group pada 2015 untuk projek N dan Stinger. Beliau juga terlibat dalam program jenama mewah Genesis. Kedua-dua model, Hyundai i30 N dan Kia Stinger ada ditayangkan kepada pengunjung Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumput (KLIMS) 2018, baru-baru ini.

Program model prestasi Hyundai kemudian diteruskan lagi melalui beberapa model susulan seperti Veloster N dan i30 Fastback N.

BACA >>> Veloster N Lebih Bagus, VW Golf GTI Tidak Cukup Trek - Bos Hyundai N

Nampaknya projek prestasi Hyundai-Kia dan Genesis memberi tuah kepada Biermann, yang kini Presiden Ujian Kenderaan dan Pembangunan Prestasi Tinggi Hyundai-Kia, selepas diberikan jawatan Ketua Divisyen Kajian dan Penyelidikan (R&D) Hyundai Motor Group. Biermann juga warga bukan Korea pertama yang memegang jawatan tersebut.

Lantikan tersebut bermakna Hyundai-Kia mahu Biermann melakukan sesuatu untuk kereta mereka supaya ada 'jiwa' dan bukan sekadar kereta biasa. Perkembangan itu juga nampaknya sejajar dengan perubahan model pesaing seperti Toyota yang kini tampil agresif.

ROMBAKAN PENGURUSAN

Selain Biermann, Hyundai Motor Group turut membuat beberapa rombakan pengurusan di pelbagai peringkat kumpulan. Naib Presiden Eksekutif, Sung Hwan Cho dilantik Naib Presiden Divisyen R&D untuk membantu Biermann. Ketua Inovasi Kumpulan dan Ketua Divisyen Strategi dan Teknologi, Youngcho Chi pula dinaikkan pangkat menjadi Presiden dalam meneruskan strategi masa depan kumpulan untuk menjadi penyelia Penyelesaian Mobiliti Pintar.

Menurut laporan Reuters, kesan daripada rombakan dan lantikan baharu itu, saham Hyundai Motor Co meningkat 9 peratus dan tertinggi sejak 10 Oktober 2018. Ini perkembangan menarik dan kami pasti ramai ternanti-nanti  produk Hyundai-Kia daripada era kepimpinan baharu Biermann.

BACA >>> Hyundai-Kia Lantik Pereka BMW M

hyundai-i30n-1
All-New Hyundai i30 Fastback N (2)
Hyundai-Veloster-N-2019-3
Kia Stinger 2018 Malaysia
2018 Kia Stinger GT2 RWD
Albert Biermann

Related

231
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Albert Biermann, Auto Terkini, hyundai, Hyundai i30 N, Hyundai Motor Group, Kejohanan Rali Dunia (WRC), Kia, Kia Motors, Kia Stinger, WRC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev