DI INDONESIA, Toyota Astra Motor (TAM) baru saja memperkenalkan Toyota Vios serba baharu beberapa bulan lalu. Selepas hampir enam bulan, jualan keseluruhan Vios hanya mencatatkan 375 unit dan angka itu tidaklah begitu tinggi jika mengambil kira pasaran negara jiran tersebut.
BACA >>> Tempahan Toyota Vios 2018 Kini Dibuka - Harga Bermula RM74,980
Mengapa kurang memberangsangkan? Ini kerana pesaingnya, Honda City yang dijual dalam satu varian saja merekodkan jualan dua kali ganda iaitu 658 unit berbanding Vios yang ditawarkan dalam empat varian. Cukup sayang kerana ciri ditawarkan Vios baharu sudah cukup menarik.
Selain penampilan luaran yang mengalami perubahan total, ruang kabin juga diperbaharui dengan panel instrumen berserta skrin paparan multiinfo (MID) TFT. Malah, ciri keselamatan juga dilengkapi 7 beg udara, Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), dan Bantuan Daki Bukit (HSA) selain lampu belakang LED.
BACA >>> Toyota Vios (2018) Baharu Mirip Yaris Ativ?
SUMBER: AutoNetMagz
Leave a Reply