• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Hayabusa Ucap Sayonara Selepas 20 Tahun, Beri Ruang Pengganti Baharu?

Suzuki Hayabusa Ucap Sayonara Selepas 20 Tahun, Beri Ruang Pengganti Baharu?

December 9, 2018 By Aryon Leave a Comment

749
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA Eropah mula mengetatkan peraturan emisi, itulah gerhana buat masa depan raja motosikal terpantas palanet Bumi, Suzuki Hayabusa. Syarat emisi Euro 4 yang berkuat kuasa bermula 1 Januari 2016 menyaksikan Hayabusa gagal memenuhi kriteria ditetapkan, dan cuma produk yang masih berbaki diberikan ruang untuk dihabiskan setakat bulan ini.

Kehilangan Hayabusa turut  mengiringi episod gelap jenama itu yang terpaksa mengecilkan skop pengeluaran di banyak negara dunia, tidak terkecuali Malaysia.

BACA >>> Sayonara... Suzuki Motor Tutup Kilang Pemasangan Motosikal Di Malaysia

Sebelum ini ada khabar angin mengatakan Suzuki sedang mempersiapkan Hayabusa serba baharu yang dibekalkan teknologi baharu seperti transmisi semi-automatik. Namun dengan unit akhir GSX1300-R yang dikeluarkan dari kilang Jepun ini, nampaknya khabar angin tentang Hayabusa serba baharu itu seakan betul.

HAYABUSA SERBA BAHARU AKAN MUNCUL?

Ini dikuatkan dengan berita Suzuki memperbaharui semula tanda dagang 'Hayabusa', yang memberi isyarat versi baharu jentera buas itu akan diperkenalkan semula. Namun, tidak diketahui bilakah model baharu itu akan muncul, lebih kuar dan lebih pantas. Apa yang pasti ialah Hayabusa baharu nanti ialah sebuah jentera yang lebih besar, lebih kuat dan lebih laju kerana Suzuki sudah pun sedia memiliki rahsia teknologi tersebut.

Adakah Hayabusa akan datang ialah versi turbo atau supercas seperti Kawasaki H2? Adakah dibekalkan transmisi semi automatik? Adakah rupanya mirip Concept GSX 2015 yang ditayangkan di Tokyo tahun itu. Hanya masa menentukan, dan Suzuki kini menggalas tugas besar untuk berentap dengan jentera pantas seperti Kawasaki ZX-14 dan H2.

Jadi, mungkinkah kita sudah boleh mengharapkan jentera berkuasa lebih 200hp dengan sesaran enjin hampir 1,500cc, atau dengan daya aruhan (force induction)?

BACA >>> Suzuki Hayabusa Serba Baharu Kembali Pada 2019, Kini Sedang dalam Pembikinan

Selagi tiada jentera didedahkan, terpaksalah kita berpuas hati dengan Suzuki Hayabusi GSX1300-R (2019) unit akhir ini yang didatangkan dalam dua skema warna baharu: kelabu+aksen merah gelap, dan hitam+aksen perak. Tiada perubahan dilakukan, ataupun dirombak supaya jadi sedikit pantas walaupun sudah 11 tahun berlalu sejak kali terakhir dikemas kini.

Related

749
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Hayabusa, Hyperbike, roda2, superbike, Suzuki, Suzuki Hayabusa, Suzuki Hayabusa GSX1300R (2019)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev