• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebuh Raya Trans Jawa (Seperti PLUS) di Indonesia Hampir Siap, Caj Tol RM138

Lebuh Raya Trans Jawa (Seperti PLUS) di Indonesia Hampir Siap, Caj Tol RM138

December 4, 2018 By Azhan O Leave a Comment

745
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN Indonesia menerusi Presiden Joko Widodo pada 28 November lalu baru saja merasmikan tol Solo-Ngawi, iaitu sebahagian laluan lebuh raya Trans Jawa yang menyambungkan seluruh wilayah di Pulau Jawa dari Merak (barat) hingga Banyuwangi (timur). Projek lebuh raya  yang sedang giat dilaksanakan itu dijangka siap pertengahan bulan ini.

Lebuh raya tersebut akan memberikan akses pantas kepada penduduk yang berulang alik antara Jakarta dan Surabaya menerusi caj tol. Namun, masih ada beberapa tol yang belum siap sepenuhnya seperti di Pemalang-Batang, Batang-Semarang, Salatiga-Solo dan Wilangan-Kertosono (rujuk gambar bawah).

Jarak antara (barat) Merak dan Banyuwangi (timur) tidak kurang 1,150km yang menurut Kerajaan mengambil masa lebih kurang 10 jam jika memandu masuk dari Jakarta ke Surabaya. Namun masa tepat sukar diagak kerana masih ada beberapa tol masih belum beroperasi sepenuhnya.

Mengenai bayaran tol pula, caj dikenakan mengikut Kerajaan Indonesia ialah tidak kurang Rp600,000 (RM174). Namun itu cuma caj keseluruhan jika semua tol dibuka secara rasmi kerana ketika ini masih ada beberapa laluan tol yang boleh dilepasi pengguna tanpa bayaran.

BACA >>> Tol Memang Takkan Mansuh, Tapi Kerajaan Akan Cari Alternatif - Menteri Kerja Raya

Berikut tarif tol mengikut Badan Pengatur Jalan Tol (BPJT), iaitu badan di bawah seliaan Kerajaan Indonesia, sama fungsi seperti LLM di Malaysia, dan berkuasa menetapkan caj tol. Tarif diberikan dengan andaian pengguna memandu bermula tol Jakarta di tol dalam bandar, bukan laluan luar ibu kota Jakarta yang dipanggil Jalan Tol Lingkar Luar Jakarta (Jakarta Outer Ring Road - JORR).

  • Dalam Kota Jakarta-Cikarang Rp9,500 (RM2.80)
  • Cikarang Barat-Cikampek Rp10,500 (RM3)
  • Cikopo-Palimanan Rp102,000 (RM29)
  • Palimanan-Kanci Rp12,000 (RM3.40)
  • Kanci-Pejagan Rp29,000 (RM8.40)
  • Pejagan-Pemalang Rp57,500 (RM16.70)
  • Pemalang-Batang Rp5,500 (RM1.60)
  • Batang-Semarang (belum rasmi-percuma)
  • Semarang ABC (sistem terbuka) Rp5,000 (RM1.50)
  • Semarang-Solo Rp33,000 (RM9.60)
  • Solo-Ngawi Rp90,000 (RM26)
  • Ngawi-Kertosono Rp48,000 (RM13.90)
  • Kertosono-Mojokerto Rp46,000 (RM13.40)
  • Mojokerto-Surabaya Rp29,000 (RM8.40)
    JUMLAH: Rp 477,000 (RM138), tidak termasuk tol belum siap

Jakarta turut merancang membina beberapa kawasan istirahat dalam lebuh raya (sama seperti hentian sebelah atau Rehat dan Rawat (RnR) di Malaysia) selepas mengambil kira tempoh masa lama yang perlu dilalui pengguna sepanjang lebuh raya berkenaan.

Lebuh raya Trans Jawa ialah projek mega Kerajaan Indonesia yang cuba menghubungkan seluruh wilayah penting di pulau tersebut dalam satu jaringan lebuh raya bertol jenis capaian terkawal (controlled access), sama seperti Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Malaysia.

BACA >>> #SembangDeras: Kenapa Pan Borneo Free, Tapi PLUS Tak Boleh?

Selain memendekkan masa perjalanan, pertumbuhan ekonomi di setiap kawasan dalam jaringan laluan juga dijangka berkembang rancak melibatkan laluan yang saling berhubungan. Sebagai perbandingan, jarak lebuh raya Bukit Kayu Hitam di Kedah hingga Pasir Gudang, Johor ialah lebih kurang 823km.

Related

745
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Indonesia, Lebuh Raya, Lebuh Raya Indonesia, Lebuh Raya Trans Jawa, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), PLUS, Presiden Joko Widodo, Pulau Jawa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev