SAYA bersama rakan media lain baru saja pulang dari Gambang, Pahang selepas menerima jemputan Petron Malaysia untuk menguji prestasi minyak Blaze 95.
Tujuannya cuma satu, mahu uji sendiri sama ada penggunaan minyak Petron Blaze 95 lebih jimat dan berkuasa atau sebaliknya. Kereta yang kami pandu sepanjang sesi ujian tersebut ialah model Audi Q3.
Bermula Petron Selayang dengan satu isian tangki penuh, kami bertolak ke Tempat Perlindungan Gajah Kuala Gandah sebelum berhenti rehat di Temerloh. Kemudian, kami meneruskan perjalanan dan berhenti di stesen minyak Petron di Gambang untuk mendapatkan keputusan ujian.
Petron Malaysia turut mendapatkan kerjasama Pusat Pembangunan Automotif dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk mengukur dan mengesahkan prestasi penggunaan bahan api.
BACA >>> #SembangDeras: Aduh, Kenapa RON95 Nak Kena Ikut Harga Minyak Dunia Pulak?
HASIL UJIAN 14.35KM PER LITER
Selepas mengharungi perjalanan sekitar 280km, termasuk laluan di lebu hraya dan kawasan kampung, kereta yang kami pandu mencatatkan penggunaan bahan api 14.35km per liter.
Malah, model sama yang dipandu rakan media lain mencatatkan penggunaan lebih baik, iaitu 16.75km per liter. Dengan kelajuan sekitar 140kmj di lebuh raya, ia masih mencatatkan penggunaan bahan api yang agak baik.
Penasihat Khidmat Teknikal Kanan Petron Malaysia, Chew Choy berkata, petrol Blaze 95 dengan formula TriAction Advantage menawarkan kuasa lebih baik, lebih kilometer dan perlindungan enjin terbaik. Tambahnya lagi, prestasi dan penjimatam Blaze 95 diperoleh daripada gabungan detergen, pengubah geseran dan tambahan aditif pembakaran organik dalam bahan api tersebut.
“Detergen yang terdapat dalam TriAction Advantage memastikan sistem inlet enjin bersih dan mampu beroperasi dengan kecekapan maksimum.
“Penggunaan tenaga dan bahan api kenderaan akan jadi lebih baik dengan pengubah geseran TriAction Advantage yang dapat mengurangan geseran antara piston dan dinding silinder,” katanya lagi.
Apa yang kami boleh simpulkan, penggunaan minyak Petron Blaze 95 mampu memberi penjimatan lebih bagus kepada pengguna. Bagaimanapun, penjimatan bahan api tetap bergantung kepada pelbagai faktor seperti cara pemanduan, kawasan dilalui dan banyak lagi.
BACA >>> Mitos atau Fakta? Isi Minyak ketika Enjin Dihidupkan Tidak Bahaya?
faiz says
kenapa tak guna perodua atau proton?kenderaan rakyat marhaen..
Mohd Rozi says
Mohon pembetulan pihak editor.
Pusat Pembangunan Automotif bukan daripada Fakukti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Mohon pihak editor menyatakan Pusat Pembangunan Automotif daripada Universiti Teknologi Malaysia.
Terima kasih.