• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / MIPS - Teknologi Gerakkan Kepala dalam Helmet untuk Kurangkan Impak Kecederaan

MIPS - Teknologi Gerakkan Kepala dalam Helmet untuk Kurangkan Impak Kecederaan

December 5, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

442
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018 lalu, ramai pengeluar mempamerkan inovasi baharu produk masing-masing, termasuk aksesori helmet yang dilengkapi pelapik MIPS. Mungkin anda tertanya, apakah MIPS?

Kita imbau semula dekad 1990-an, kebanyakan pakar bedah saraf mendapati ramai penunggang motosikal masih mengalami kecederaan kepala walaupun memakai helmet.

Menyedari perkara itu, ahli lembaga MIPS, Greg Shapleigh berkata, pihaknya bekerjasama dengan pelbagai penyelidik yang membawa kepada idea 'slip plane' (satah gelincir), yang kini dipangil MIPS.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Tip Memilih Helmet yang Betul?

APAKAH TEKNOLOGI MIPS?

HELMET MIPS-2
HELMET MIPS-1
helmet-mips

MIPS bermaksud Sistem Perlindungan Impak Multi-Arah (Multi-Directional Impact Protection System) dan dalam bahasa mudah, ciri khas yang membolehkan kepala bergerak dalam helmet apabila berlaku impak. Ini bergantung kepada situasi bagaimana kepala terhentak atas jalan atau objek lain ketika kemalangan terjadi.

Kebanyakan ujian helmet menilai situasi pengurangan pindahan tenaga kepada sensor dalam helmet menerusi hentakan menggunakan objek tetap pada posisi 90º. Ini bagus untuk menguji keupayaan helmet menghalang keretakan tengkorak.

BACA >>> Bell Perkenal Varian Helmet 'Street' dan 'Dirt' 2018, Tampilkan Teknologi MIPS

Bagaimanapun, kebarangkalian situasi seperti itu (memukul 90º) ialah sangat rendah kerana ia selalu melibatkan sudut hentakan gelinciran dan di sinilah teknologi slip plane memainkan peranan. Apabila memukul sesuatu objek secara bersudut, daya putaran dihantar ke helmet dan terus ke otak, sekali gus menyebabkan kecederaan.

Jadi, dengan teknologi slip plane aka MIPS membolehkan kepala bergerak antara 10-15mm dalam apa jua arah dari kesan impak untuk mengurangkan daya hentaman otak sehingga 40 peratus.

RINGKASAN HELMET PELAPIK MIPS

BACA >>> #Videotomotif: Kepala Digilis Lori, Mujurlah Helmet Selamatkan Nyawa

  • Impak Kerbeza: Ada lapan rekaan slip plane berbeza yang dibangunkan untuk basikal, sukan musim sejuk dan sukan perlumbaan.
  • Hentakan Kuat: Beban poin dalam kemalangan ialah c.750-1000kg, dan akan diserap atau dialihkan ke badan.
  • Minimum: Setiap kemalangan berbeza, tetapi MIPS mengesahkan pelapik helmet dihasilkan mampu mengurangkan daya hantaran sebanyak 10 peratus.
VIDEO

SUMBER: MCN

Related

442
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, EICMA 2018, Greg Shapleigh, helmet, helmet MIPS, MIPS, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018, Sistem Perlindungan Impak Multi-Arah (MIPS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev