Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Bell Perkenal Varian Helmet ‘Street’ dan ‘Dirt’ 2018, Tampilkan Teknologi MIPS
Aksesori

Bell Perkenal Varian Helmet ‘Street’ dan ‘Dirt’ 2018, Tampilkan Teknologi MIPS

AryonBy Aryon01/10/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMPENA Ekspo Motosikal Antarabangsa Amerika (AIMExpo) 2017, Bell Helmets melancarkan barisan helmet 2018 untuk varian ‘Street’ dan ‘Dirt’, dengan menampilkan rekabentuk baharu dan pembaharuan teknologi. Varian Street membariskan Star-MIPS Equipped (dilengkapi MIPS) dan RS-2, serta barisan helmet premium Pro Star Flex hingga entry level, Qualifier, dengan kemas kini warna menarik.

Bell sebenarnya pertama kali menggunakan teknologi MIPS, atau Sistem Perlindungan Impak Multi-Arah, pada helmet basikal sebelum diperkenalkan kepada helmet motosikal. MIPS direka untuk menguruskan tenaga dari impak sudut dan putaran menerusi penggunaan sistem satah gelincir (slip-plane) yang bergerak dalam helmet seakan meniru sistem perlindungan otak manusia. Teknologi tersebut membolehkan kepala si pemakai melungsur bebas dalam helmet ketika berlaku impak kemalangan kritikal, sekali gus mengurangkan bahaya ke atas otak dan risiko kecederaan otak serius.

BELL ‘STREET’ UNTUK PENUNGGANG JALANAN

RS-2 (gambar atas) tampil dengan teknologi baharu dan dinaik taraf. Varian itu juga adalah antara helmet Bell paling mampu milik yang dilengkapi pelbagai ciri terkini. Didatangkan dengan rekaan gentian kaca ringan DOT/ECE dan pelindung matahari dalaman yang lancar guna.

Helmet ini juga senyap dan selesa, serta memiliki rekabentuk aerodinamik optimum yang mampu menyingkirkan bunyi bising disebabkan gelora udara atau turbulen. Datang bersama pelapik selesa X-Static, pengudaraan RS-2 cukup cemerlang, termasuk serasi dengan kaca mata dan komunikasi.

Barisan full face Street 2018 ditutup dengan varian premium Pro Star Flex dan entry level Qualifier. Tahun ini, Bell menambah baik barisan Qualifier dengan menawarkan empat opsyen varian seperti Qualifer DLX MIPS-Equipped, Qualifer DLX, Qualifer DLX Blackout, dan Qualifier. Sebagai tambahan kepada helmet baharu, semua barisan full face 2018 juga menampilkan warna dan grafik baharu.

* Klik gambar untuk zum besar.

Pro Star Flex – AS$1,199 (RM5,063)
Race Star Flex – AS$699 (RM2,951) – AS$799 (RM3,373)
Star MIPS – AS$499 (RM2,107)
RS-2 – AS$299 (RM1,262)
Qualifier DLX MIPS – AS$269 (RM1,135)
Qualifier DLX – AS$249 (RM1,051)
Qualifier DLX Blackout – AS$149 (RM629)
Qualifier – AS$109 (RM460)

BELL ‘DIRT’ UNTUK OFF-ROAD

Bagi barisan premium helmet off-road, Bell kini menawarkan Moto-9 dengan MIPS yang digabungkan dengan FLEX dalam setiap helmet. Ini bermakna dua teknologi perlindungan-kepala termaju bergabung bersama. Moto-9 menutup barisan helmat 2018 bersama MX-9 Adventure MIPS, MX-9 MIPS, dan varian Bell paling popular, Moto-9 Flex.

Moto-9 Flex – AS$649.95 (RM2,744) – AS$699.95 (RM2,955)
Moto-9 MIPS – AS$399.95 (RM1,688)
MX-9 Adventure MIPS – AS$209.95 (RM) – AS$219.95 (RM928)
MX-9 MIPS – AS$199.95 (RM844) – AS$219.95 (RM928)

Sila layari laman web Bell.com untuk melihat lebih banyak rekaan grafik baharu varian Street dan Dirt!

aksesori Bell Helmets Dirt helmet helmet Bell helmet full face helmet off-road MIPS motosikal roda2 Sistem Perlindungan Impak Multi-Arah (MIPS) Street topi keledar
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    05/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
    Auto Terkini

    KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

    By Shazwan Hisam03/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.