• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Videotomotif: Kepala Digilis Lori, Mujurlah Helmet Selamatkan Nyawa

#Videotomotif: Kepala Digilis Lori, Mujurlah Helmet Selamatkan Nyawa

June 9, 2018 By Han Othman 5 Comments

543
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN, pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dan pengeluar automotif sudah melakukan pelbagai cara untuk mengajak pengguna supaya berhati-hati di jalan raya dan mematuhi amalan keselamatan. Antaranya kewajipan memakai helmet. Masih ramai yang tidak ambil peduli dan memakai topi keledar sekadar untuk mengelak disaman abang polis.

Video di bawah ini mungkin mampu mengubah tanggapan anda tentang memakai helmet.

BACA >>> #Videotomotif: Balak Tembus Kabin Treler, Tetapi Pemandu Masih Selamat

Mungkin ada mendakwa peluang penunggang terselamat apabila bertembung dengan kenderaan lain adalah tipis walaupun memakai helmet terbaik sekalipun. Tetapi video insiden ini, yang berlaku di satu jalan sesak di Cainta, Filipina, membuktikan betapa penting kita memakai helmet.

TAYAR LORI ATAS KEPALA

Video menunjukkan seorang penunggang motosikal cuba menyelit ke sebelah kanan lori, dan tiba-tiba hilang keseimbangan lalu terjatuh sebelum digilis tayar belakang kenderaan berat itu, betul-betul pada bahagian kepala mangsa. Bukan lori kosong atau kepala lori, tetapi siap bawa kontena OK!

Mujurlah lori itu tidak memecut laju dan mangsa terselamat kerana dia memakai helmet. Sebaik selepas insiden, rakaman kamera pemuka (dash camera) itu menunjukkan mangsa terus bangun dan menanggalkan helmetnya yang kemek teruk akibat impak berat lori.

BACA >>> #Videotomotif: Lihat Bagaimana Marquez Berlatih untuk Kekal Hebat dalam MotoGP

Juga dapat diperhatikan tangan kirinya terkulai patah dan sempat pula dia tersengih penuh kesyukuran.

Semestinya apa yang berlaku atas kehendak Allah Taala, tetapi hal keselamatan ialah sebahagian daripada usaha yang wajib kita buat sebelum dibenarkan bertawakal. Kalau tidak, samalah seperti keluar rumah tanpa mengunci pintu sambil berkata, kalau pencuri hendak masuk, dia masuk juga.

Jadi pengajaran daripada video di bawah:

  • Jangan sesekali menyelit sebelah lori. Ada bahagian titik buta yang lori langsung tidak nampak kelibat anda.
  • Pakai helmet, semestinya yang bagus dan berkualiti.

Sekali lagi diulangi, jangan pernah berkompromi dengan hal keselamatan. Pakailah helmet setiap kali menunggang, bukanlah susah sangat.

https://youtu.be/ivQHuU-Ykws

Related

543
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Filipina, helmet, kemalangan, keselamatan jalan raya, motosikal, roda2, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #TahukahAnda: Asal Usul 'Double Line', Malaysia Bukan Negara Pertama Buat Garisan Kembar!
    #TahukahAnda: Asal Usul 'Double Line', Malaysia Bukan Negara Pertama Buat Garisan Kembar!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #Perbandingan: Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo vs 1.5 Hybrid CSH, Mana Satu Nak Pilih?
    #Perbandingan: Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo vs 1.5 Hybrid CSH, Mana Satu Nak Pilih?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev