• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pelajar Unimas Anak Sarawak Dapat Kontrak 10 Tahun Kerja dengan BMW di Jerman

Pelajar Unimas Anak Sarawak Dapat Kontrak 10 Tahun Kerja dengan BMW di Jerman

November 30, 2018 By Han Othman Leave a Comment

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELAJAR tahun tiga dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Franklin Lingga Abun, yang mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan ditawarkan kontrak 10 tahun untuk bekerja dengan BMW Group di Jerman.

Berita ini pasti menggembirakan negara dan negeri kelahirannya, Sarawak apatah lagi dia ialah anak Sarawak pertama yang bekerja dengan BMW Group.

BACA >>> GO Auto-SIRIM Meterai MoU untuk Hasilkan R&D Bateri Kenderaan Elektrik di Malaysia

Franklin, 20, ialah salah seorang daripada tiga calon yang dipilih untuk membentangkan idea mengenai teknologi penjanaan elektrik semi-solar kepada panel juri di Austria. Dua lagi calon ialah jurutera proses dari Jerman, dan jurutera rekabentuk dari Korea Selatan.


“Apabila terima tawaran itu, saya fikir dua kali sebab tahu banyak wang diperlukan ke Austria untuk pembentangan tersebut," katanya.

Dia beruntung kerana mendapat bantuan daripada Tan Sri Datuk Amar James Masing (Timbalan Ketua Menteri) dan Datuk Snowdan Lawan (Pembantu Menteri Belia dan Sukan) dalam merealisasikan penerbangan ke negara Eropah itu.

"Orang Iban sangat bangga dengan Franklin dan sokongan kami begitu bermakna buat dia. Kami bangga kerana ada ramai rakyat Sarawak berbakat, dan dia salah seorang daripada mereka yang menandatangani kontrak dengan BMW," kata Snowdan.

Difahamkan, Frnaklin akan menerima surat tawaran dalam masa dua minggu ini sebelum terbang ke Munich, Jerman pada Mac 2019 untuk menandatangani kontrak 10 tahun. Di bawah perjanjian itu, dia akan menjadi pakar teknologi automotif BMW bermula 2021.

Franklin mengakui perlu buat banyak persediaan, dan perjalanan masih jauh. Buat masa ini, keutamaan ialah melengkapkan pengajian di Unimas menjelang 2020.

Syabas, Franklin kerana membanggakan Malaysia!

Related

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: BMW Group, Franklin Lingga Abun, Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Sarawak, Unimas, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my