• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Triumph Dedah Kuasa Kuda Dihasilkan Enjin Jentera Lumba Moto2 - 138hp!

Triumph Dedah Kuasa Kuda Dihasilkan Enjin Jentera Lumba Moto2 - 138hp!

November 27, 2018 By Aryon Leave a Comment

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS 9 musim menjadi pembekal rasmi enjin untuk jentera Moto2 - kelas lumba baharu yang menggantikan kelas 2-lejang 250cc pada 2010 - tugas Honda akhirnya diambil alih Triumph.

Pengeluar asal Britain itu mengambil masa 2 tahun untuk membangunkan enjin spesifikasi Moto2 itu selepas menandatangani kontrak 3 tahun dengan pemegang hak komersial MotorGP, Dorna. Jadi, jentera baharu yang akan digunakan pelumba Moto2 sepanjang musim 2019-2021 akan dijana enjin 3-silinder sebaris 765cc.

BACA >>> Kenapa Pelumba Moto2 Agak Bergelut Jadi Juara MotoGP?

Terbaharu, Triumph mendedahkan kuasa maksimum yang mampu dijana motosikal tersebut.

Dalam sidang media tentang pembangunan enjin Triumph Moto2 Triple Race di Valencia, Sepanyol bersama Externpro, Magneti Marelli dan Dorna, Triumph berkata, enjin baharu itu berkuasa 138hp, meningkat 8hp berbanding enjin Honda lama jenis 4-silinder sebaris yang berasaskan nadi CBR600RR.

Menurut Triumph, pembangunan jentera ialah termasuk ujian dalam kilang, dinamometer dan tunggang uji di pelbagai lokasi trek. Dalam ujian trek, lebih 2,500 lap gerakan lumba (race pace) disempurnakan di banyak litar negara Eropah yang membenarkan pengeluar itu membuat ujian ke atas enjin 'kitaran hidup berganda' (double lifecycle) itu.

Ketua Jurutera Triumph, Stuart Wood, berkata, Triumph bukan saja disambut baik Dorna, rakan kongsi dan pihak media, tetapi juga orang ramai yang teruja atas penyertaan pengeluar tersebut dalam arena perlumbaan motosikal berprestij itu.

"Kami yakin program pembangunan enjin kami sudah begitu menyeluruh yang mana peningkatan kuasa, daya tork dan bunyi hebat akan memberikan perlumbaan mengujakan pada 2019," katanya.

BERASASKAN ENJIN MODEL JALANAN

spesifikasi-enjin-triumph-moto2-2019-4
530A9197_Street Triple RS

Enjin Triumph dibina dibangunkan berasaskan enjin pengeluaran Daytona Supersports 675cc.765cc berkuasa 121hp, dan asal enjin model itu pula daripada jentera lumba Daytona Supersports 675cc. Enjin lumba baharu  itu memberikan lebih kuasa dan tork, direka untuk rev tinggi dan dapat ditunngang dengan inersia rendah dalam pakej jentera yang ringan.

Berikut ciri enjin spesifikasi Moto2 yang dibangunkan berasaskan enjin basis Street Triple RS:

  • Kepala silinder diubah suai denmgan inlet dan port ekzos diubah untuk mengoptimumkan aliran gas.
  • Nisbah mampatan tinggi.
  • Injap titanium dan spring injap keras.
  • Pemasaan aci diubah untuk meningkatkan rev enjin (rpm).
  • Injektor bahan api aliran tinggi
  • Alternator kit lumba inersia rendah
  • Nisbah gear 1 dan 3 diubah.
  • Dibangunkan untuk tunggangan lumba, klac sliper boleh laras
  • ECU lumba Magneti Marelli
  • Penutup enjin diubah untuk mengurangkan lebar
  • Takungan pelincir berbeza untuk menambah baik operasi header ekzos

Berikut pula ialah beberapa fasa ujian dilakukan Triumph:

1. UJIAN PEMBANGUNAN ECU

Triumph turut menyokong lanjutan ujian pembangunan ECU dengan Magneti Marelli. Ini ialah program pembangunan yang menumpukan kepada tunggangan trek yang mana Triumph membekalkan data asas dan bekalan enjin, ujian penuh dan pasukan sokongan teknikal.

2. UJIAN PEMBANGUNAN CASIS

Triumph membekalkan enjin pembangunan menerusi Externpro kepada pengeluar casis untuk diuji. Ujian berkenaan melibatkan bekas dan pelumba pelumba Moto2 masa kini. Triumph juga menyediakan input pembangunan ECU kepada pengeluar casis.

Related

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Daytona Supersports 675cc, Enjin Baharu Moto2, Honda, Moto2, Stuart Wood, Triumph, Triumph Moto2 Triple Race, Triumph Street Triple RS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev