DEPOSIT atau mendapan kotoran boleh terbentuk dalam sistem bahan api motosikal selepas enjin digunakan beberapa ketika dan semakin banyak terkumpul jika pengguna mengisi petrol berkualiti rendah. Sisa deposit dapat ditemui dalam bahagian penting sistem bahan api seperti injektor bahan api, injap masukan dan kebuk pembakaran.
Ini boleh menyebabkan motosikal mengalami masalah kehilangan kuasa dan prestasi, pecutan jadi lambat, kedengaran bunyi ketukan dan dentingan, selain menjejaskan ekonomi. Kini tibalah masa mendapatkan pembersih khas sistem bahan api Techron Concentrate Plus - Motorcycle & Scooter untuk mengembalikan semula prestasi enjin motosikal anda.
BACA >>> Inilah 5 Fakta Pantas Minyak Enjin Kereta Caltex Havoline yang Perlu Anda Tahu
Mungkin ada yang tidak pernah menggunakan bahan pencuci bahan api seperti ini. Jadi kami kumpulkan beberapa fakta yang perlu anda tahu dalam bentuk soalan dan jawapan tentang Techron Concentrate Plus - Motorcycle & Scooter:
1. BAGAIMANAKAH TECHRON BERFUNGSI?
Teknologi Techron menggunakan kimia berasaskan polieteramina yang terbukti berkesan membersihkan dan melindungi enjin dengan melembutkan, menyaluti dan mengapungkan molekul mendapan dalam bahan api sebelum disalurkan ke kebuk pembakaran untuk dibakar dan dikeluarkan melalui ekzos.
Ia bahan kimia yang akan dibakar bersama petrol dan bukan terendam seperti minyak enjin.
Lebih penting, pembersih bahan api ini dihasilkan berasaskan kajian dan penyelidikan (R&D) selama lebih 30 tahun, dan diyakini pengguna kenderaan bermotor seluruh dunia.
2. SIAPA PATUT GUNA?
Techron Concentrate Plus - Motorcycle & Scooter dirumus khas untuk penunggang yang:
- Kadangkala menggunakan bahan api berkualiti rendah.
- Menunggang motosikal terpakai yang tidak diketahui sejarah penggunaan bahan api lampau.
- Penunggang bandar yang kerap berhenti sama ada di lampu isyarat atau ketika kesesakan lalu lintas.
3. APAKAH KELEBIHAN?
Jika anda termasuk dalam kategori penunggang motosikal di atas, antara kelebihan yang dapat anda rasai ialah:
- Mengembalikan semula kuasa dan prestasi enjin.
- Meningkatkan kemampuan pecutan sama ada ketika berhenti atau menghidupkan enjin.
- Menguruangkan bunyi ketukan dan dentingan enjin.
- Memaksimum penjimatan bahan api.
4. SESUAIKAH UNTUK SEMUA JENIS MOTOSIKAL?
Ya, Techron Concentrate Plus - Motorcycle & Scooter boleh digunakan untuk semua jenis motosikal 4-lejang atau 2-lejang, termasuk skuter.
5. DAPATKAH RASA PERBEZAAN SELEPAS GUNA?
Pembersih bahan api ini dijual seluruh dunia, dan sudah digunakan untuk kereta sejak 1980-an. Techron Concentrate Plus - Motorcycle & Scooter dibangunkan untuk kegunaan motosikal dan skuter yang berfungsi membersihkan mendapan terkumpul dalam sistem bahan api enjin dan seterusnya mengembalikan prestasi enjin.
Perbezaan yang dapat dirasai bergantung kepada jumlah mendapan terkumpul dalam sistem bahan api.
6. BOLEHKAH GUNA UNTUK KENDERAAN LAIN SEPERTI KERETA?
Sebenarnya, memang ada Techron Concentrate Plus yang dirumus khas untuk kereta petrol berdasarkan kapasiti tangki bahan api. Namun, Techron Concentrate Plus - Motorcycle & Scooter dibuat untuk motosikal kerana isipadu pembersih ini cuma 75ml yang sesuai untuk tangki bahan api hingga 6 liter sahaja.
Ini bermakna, jika digunakan pada motosikal atau kenderaan lain yang memiliki kapasiti tangki lebih 6 liter, anda memerlukan lebih daripada satu botol pembersih. Sebotol 75ml dirumus khas untuk 6 liter petrol.
7. BILAKAH SELANG MASA SESUAI UNTUK MENGISI?
Sesuai untuk setiap 3,000km untuk hasil terbaik.
8. MACAM MANA NAK ISI?
Tidak susah pun, ikut saja langkah-langkah di bawah ini:
Leave a Reply