• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #KLIMS2018: Hyundai Santa Fe Serba Baharu Debut, Tempahan Turut Dibuka

#KLIMS2018: Hyundai Santa Fe Serba Baharu Debut, Tempahan Turut Dibuka

November 23, 2018 By Han Othman Leave a Comment

283
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI Simer-Darby Motors melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV), Hyundai Sante Fe generasi ke-4 untuk pasaran Malaysia sempena Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 yang berlangsung bermula hari ini, 23 November hingga 2 Disember.

SUV 7 kerusi itu dijadualkan mula dijual di Malaysia pada suku pertama 2019 dan akan ditawarkan dalam dua varian: Executive dan Premium.

BACA >>> Hyundai Santa Fe (2019) Kini Lebih Saiz, Lebih Menawan [119 Foto]

Santa Fe serba baharu menampilkan ciri aerodinamik menerusi gril corak ulangan yang menyerlahkan personaliti mewah, seiring rekabentuk terkini Hyundai. Lampu  komposit terpisah, membariskan lampu siang (DRL) LED yang diposisikan di atas lampu utama LED untuk depan dan belakang.

Jarak roda lebih panjang dan overhang pendek melengkapkan profil elegan dengan gerbang roda besar untuk penampilan agresif. Digabungkan bersama bampar dengan gril lebar, dan kemasan krom, Santa Fe serba baharu  ini jelas memberikan identiti visual yang asli dan tersendiri.

DALAMAN BERUBAH

Dalaman juga berubah sepenuhnya dengan ergonomik ditambah baik, termasuk memuatkan beberapa ciri moden masa kini untuk meningkatkan pengalaman pemanduan. SUV ini jelas memperlihatkan kaitan rekabentuk dan fungsi yang menggabungkan aspek kualiti premium dengan reka letak horizontal selain sudut pandang lebih jelas.

Butang sentuhan di kerusi barisan kedua memudahkan penumpang mengakses kerusi barisan ketiga, manakala suis elektronik di sisi ruang kargo memudahkan tugas memuatkan barangan.

Antara ciri keselamatan standard diberikan ialah:

  • 6 beg udara
  • Pengurusan Stabiliti Kenderaan (VSM)
  • Kawalan Bantuan Mula Daki (HAC)
  • Kawalan Brek Turun Bukit (DBC)
  • Brek Parkir Elektrik (EPB) dengan fungsi Kawalan Pegun Kenderaan Auto (AVH)
  • But Kuasa Pintar
  • Klusteri virtual LCD TFT 7 inci
  • Paparan 7 inci jenis apung dengan Apple CarPlay dan Android Auto
  • Pengecas telefon wayarles

Santa Fe serba baharu turut membangunkan sistem Amaran Penumpang Belakang (ROA) sebagai ciri keselamatan baharu. Ia berupa sensor ultra bunyi yang membantu mengesan pergerakan kanak-kanak, dan direka untuk mengelak kanak-kanak atau haiwan peliharaan tertinggal dalam kereta, atau dalam kes lain, kanak-kanak secara tidak sengaja terkunci di dalam.

Santa Fe serba baharu untuk pasaran Malaysia menawarkan 2 pilihan enjin:

  • Petrol Theta II 2.4 MPI dengan transmisi automatik 6-kelajuan
  • Diesel R2.2 VGT dengan transmisi automatik 8-kelajuan (kali pertama diperkenalkan Hyundai Malaysia)

Harga jualan SUV kelas pertengahan ini dianggarkan RM188,000, sekarang tempahan sudah dibuka kepada orang awam/, terutama pengunjung KLIMS 2018.

GALERI

Related

283
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Hyundai Santa Fe, Hyundai Simer-Darby Motors, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), KLIMS 2018, Pameran Motor Antarabangsa (KLIMS) 2018, Roda4, SUV, SUV segmen-D

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my